Kuda mati dilanggar pacuan empat roda

Gambar tular memaparkan lokasi kejadian seekor kuda mati dilanggar sebuah pacuan empat roda di Jalan Sungai Tua-Ulu Yam arah Selayang pada Selasa.
Gambar tular memaparkan lokasi kejadian seekor kuda mati dilanggar sebuah pacuan empat roda di Jalan Sungai Tua-Ulu Yam arah Selayang pada Selasa.
A
A
A

GOMBAK - Seekor kuda mati selepas dilanggar sebuah pacuan empat roda di Jalan Sungai Tua-Ulu Yam arah Selayang dekat sini pada Selasa.

Pemangku Ketua Polis Daerah Gombak, Superintenden Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, dalam kejadian jam 6.30 pagi itu, kenderaan jenis Ford Ranger yang dipandu seorang lelaki warga tempatan berusia 54 tahun itu dari arah Antara Gapi menghala ke Sri Gombak

"Apabila sampai di tempat kejadian pemandu menyedari seekor kuda berada di laluannya dan tidak sempat mengelak sehingga menyebabkan kemalangan.

"Akibat daripada kemalangan itu, pemandu bersama penumpang kenderaan tidak mengalami sebarang kecederaan, manakala kuda tersebut mati di tempat kejadian," katanya.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 (Rule 10 LN 166/59).

"Orang ramai yang melihat atau mempunyai maklumat mengenai kemalangan ini boleh menghubungi penolong pegawai penyiasat trafik, Sarjan Mohd Sakri Mat di talian 019-9145899 atau Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak di talian 03-61262222," katanya.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!