20 rumah penduduk terjejas akibat banjir kilat
JOHOR BAHRU - Dianggarkan 20 rumah terjejas dalam insiden banjir kilat di Kampung Sepakat Baru dekat sini pada Selasa.
Banjir kilat berkenaan dipercayai berlaku susulan hujan lebat melebihi dua jam.
Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Johor Bahru dalam satu kenyataan berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai perkara berkenaan (banjir kilat) daripada Penghulu Kampung pada jam 8.10 malam.
“Sebaik menerima laporan berkenaan, satu pasukan Angkatan Pertahanan Awam (APM) disertai tiga anggota lain-lain pangkat (LLP) bersama satu jentera HANDALAN dan 10 jaket keselamatan telah digerakkan ke lokasi.
“Pasukan tersebut tiba ke lokasi pada jam 8.30 malam dan mendapati air mulai surut di lokasi dan tiada keperluan untuk membuka pusat pemindahan sementara (PPS).
“Bagaimanapun, laporan mengenai keadaan di situ akan dikemas kini dari masa ke masa,” katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!