Mesir runding untuk selesaikan krisis kemanusiaan di Gaza

Trak yang membawa bantuan sedang menunggu untuk memasuki Gaza berhampiran persimpangan Rafah di sebelah Mesir pada Selasa. - Foto Xinhua
Trak yang membawa bantuan sedang menunggu untuk memasuki Gaza berhampiran persimpangan Rafah di sebelah Mesir pada Selasa. - Foto Xinhua
A
A
A

KAHERAH - Mesir kini berunding dengan semua pihak untuk menyelesaikan krisis kemanusiaan yang belum pernah berlaku di Gaza.

Menurut Perdana Menterinya, Mostafa Madbouly, semua agensi kerajaan kini bekerja keras untuk membantu penduduk yang tidak berdosa di Genting Gaza.

"Mesir berunding di semua peringkat, termasuk kepimpinan politik Presiden Abdel Fattah El-Sisi, dan semua agensi kerajaan kini bekerja keras untuk menyelesaikan krisis kemanusiaan yang belum pernah berlaku sebelum ini, dengan nasib yang menimpa penduduk yang tidak berdosa di Genting Gaza," katanya.

Kenyataan itu dibuat ketika lawatan ke pintu sempadan Rafah.

Mostafa juga tegaskan, satu-satunya cara mengembalikan keamanan adalah dengan penyelesaian dua negara.

Penghantaran bantuan menerui pintu sempadan Rafah dilaporkan semakin perlahan, susulan sistem pemeriksaan yang dipersetujui dengan Israel.

Di bawah peraturan itu, semua trak bantuan perlu melalui pemeriksaan sebelum dibenarkan memasuki Gaza. - Awani

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!