Messi layak menang Ballon d'Or

Messi. - Foto EPA
Messi. - Foto EPA
A
A
A

PENGENDALI Arsenal, Mikel Arteta percaya Lionel Messi layak memenangi Ballon d'Or selepas bintang Inter Miami itu meraih anugerah tersebut buat kali kelapan dalam kariernya.

Messi dinobatkan sebagai pemenang menewaskan beberapa pencabar seperti Erling Haaland dari Manchester City dan Kylian Mbappe dari Paris Saint-Germain dalam undian yang dibuat oleh juri.

Pengiktirafan terhadap pemain berusia 36 tahun itu susulan persembahan luar biasanya membawa Argentina menjuarai Piala Dunia di Qatar dan Arteta percaya kualiti Messi itu melayakkannya memenangi anugerah tersebut.

Namun, kejayaanya itu disulami kritikan termasuk daripada Legenda Jerman, Lothar Matthaeus yang menilai penyerang Manchester City Erling Haaland lebih layak kerana tampil cemerlang sepanjang musim lalu.

“Apabila anda bercakap tentang Messi, tak pernah salah. Cara dia memenangi Piala Dunia pada usianya merupakan kemuncak kerjayanya.

"Tiada siapa yang menjangkakannya. Sungguh luar biasa, konsistensi yang dia miliki sepanjang kariernya, kualiti yang dia telah tunjukkan kepada bola sepak dunia,” kata Arteta.

Dalam pada itu, Arteta turut memuji dua bintang Arsenal yang turut berada dalam senarai anugerah tersebut iaitu Martin Odegaard (ke-28) dan Bukayo Saka (ke-24).

“Ia sentiasa bagus untuk melihat pemain ini di sebelah nama-nama itu dan dalam senarai itu. Ia adalah pujian untuk mereka dan apa yang telah mereka lakukan.

Artikel Berkaitan:

“Kini cabarannya adalah untuk memastikan berada dalam senarai itu musim depan kerana itu bermakna anda telah melakukannya sekali lagi,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!