KPM sedia tambah guru kaunseling jika kes buli meningkat

KPM bersedia untuk menambah bilangan guru kaunseling di sekolah-sekolah sekiranya kes buli menunjukkan peningkatan. Gambar hiasan 123rf. Gambar kecil: Hui Ying
KPM bersedia untuk menambah bilangan guru kaunseling di sekolah-sekolah sekiranya kes buli menunjukkan peningkatan. Gambar hiasan 123rf. Gambar kecil: Hui Ying
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bersedia untuk menambah bilangan guru kaunseling di sekolah-sekolah sekiranya kes buli menunjukkan peningkatan.

Timbalan Menteri Pendidikan, Lim Hui Ying berkata, ia sebagai tindakan serta-merta bagi menangani kes jenayah melibatkan pelajar tersebut.

“Memang (KPM) akan pastikan (guru kaunseling) akan ditambah sekiranya kes buli meningkat. Ini kerana mereka (yang terlibat dengan kes buli) perlu diberikan bimbingan sewajarnya.

“Aspek kaunseling ini sangat mustahak untuk kita tahu kenapa mereka (pembuli) ini terlibat dengan buli dan bimbingan kepada mereka yang menjadi mangsa juga,” katanya di Dewan Rakyat di sini pada Rabu.

Beliau berkata demikian menjawab soalan tambahan Dr Ahmad Fakhruddin Fakhrurazi (PN-Kuala Kedah) yang bertanyakan sama ada KPM bercadang untuk menambah guru kaunseling di sekolah bagi menangani kes buli di institusi itu.

Sementara itu Hui Ying memaklumkan setakat Januari hingga Oktober tahun ini sebanyak 4,994 kes buli di sekolah seluruh direkodkan.

Katanya, jumlah itu meningkat berbanding 3,887 kes yang dicatatkan pada tahun lalu, manakala sebanyak 326 kes direkodkan pada tahun 2021.

“Semua kes ini telah disiasat dan tindakan susulan juga telah diambil terutamanya melibatkan bimbingan dan kaunseling.

Artikel Berkaitan:

“Usaha untuk menangani kes buli ini bukan hanya melibatkan pihak sekolah tetapi juga memerlukan kerjasama ibu bapa, badan bukan kerajaan (NGO) dna komuniti” katanya menjawab soalan tambahan dibangkitkan Datuk Muhammad Bakhtiar Wan Chik (PH - Balik Pulau).

Muhammad Bakhtiar membangkitkan soalan mengenai berapa kes buli melibatkan pelajar sekolah yang telah dirujuk oleh KPM.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!