MOT timbang pasang kamera AWAS di lokasi kemalangan tinggi

JPJ sedang mempertimbangkan hala tuju baharu berhubung kamera AWAS dengan melaksanakan penambahbaikan untuk memasangnya di lokasi yang mempunyai kadar kemalangan tinggi. - Gambar hiasan (Gambar kecil: Hasbi)
JPJ sedang mempertimbangkan hala tuju baharu berhubung kamera AWAS dengan melaksanakan penambahbaikan untuk memasangnya di lokasi yang mempunyai kadar kemalangan tinggi. - Gambar hiasan (Gambar kecil: Hasbi)
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kementerian Pengangkutan dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sedang mempertimbangkan hala tuju baharu berhubung Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AWAS) dengan melaksanakan penambahbaikan untuk memasangnya di lokasi yang mempunyai kadar kemalangan tinggi.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibollah berkata, ia bagi mengurangkan risiko kemalangan yang berpunca daripada ketidakpatuhan kepada peraturan jalan raya khususnya melibatkan kesalahan memandu melebihi had laju.

“Hal ini disokong dengan kajian yang telah dijalankan oleh Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) yang mendapati tahap pematuhan pengguna jalan raya kepada peraturan had laju.

“Isyarat lalu lintas di lokasi pemasangan kamera tersebut adalah mencecah 99 peratus secara keseluruhannya dan seterusnya telah mengurangkan risiko kemalangan jalan raya di lokasi penguatkuasaan kamera AWAS,” katanya.

Beliau berkata demikian menjawab pertanyaan Datuk Suhaimi Nasir (BN-Libaran) mengenai status terkini cadangan bagi menambah dan menggantikan unit kamera AWAS serta kemungkinan terdapat sebarang jaminan pertambahan kamera tersebut mampu mengurangkan kadar kemalangan jalan raya di Malaysia.

Tambahnya, pengguna jalan raya juga sentiasa diberikan peringatan yang jelas di kawasan penguatkuasaan kamera berkenaan.

Ujar Hasbi, ia dibuktikan dengan pemasangan tiga papan-papan tanda yang memaklumkan lokasi kamera AWAS beroperasi kepada semua pengguna jalan raya.

“Kamera AWAS adalah bertujuan memastikan semua pengguna jalan raya mematuhi peraturan jalan raya terutamanya di kawasan-kawasan titik hitam di mana nahas jalan raya kerap berlaku,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!