DAP Bagan gesa Fadhlina tamat diskriminasi terhadap sekolah vernakular

Guan Eng (duduk tiga dari kiri) bergambar bersama ahli jawatankuasa DAP Bagan selepas selesai AGM yang diadakan baru-baru ini.
Guan Eng (duduk tiga dari kiri) bergambar bersama ahli jawatankuasa DAP Bagan selepas selesai AGM yang diadakan baru-baru ini.
A
A
A

BUTTERWORTH - [DIKEMAS KINI] Jawatankuasa Perhubungan DAP Bagan menggesa Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek untuk menambah peruntukan pembiayaan pembangunan untuk semua sekolah di Pulau Pinang bagi menebus pengabaian yang dibuat oleh kerajaan terdahulu.

Perkara itu antara tiga resolusi yang dicapai DAP Bahagian Bagan dalam mesyuarat agung tahunan (AGM) yang diadakan baru-baru ini

Antara lain, DAP Bagan juga menggesa Fadhlina yang juga Ahli Parlimen Nibong Tebal untuk menamatkan diskriminasi terhadap sekolah vernakular di negara ini oleh kerajaan terdahulu dari segi pembiayaan peruntukan pembangunan yang tidak adil tidak mengikut populasi pelajar.

"Pembiayaan pembangunan untuk sekolah vernakular tidak boleh kurang daripada pembiayaan yang dikurangkan oleh kerajaan Perikatan Nasional (PN) terdahulu dan sekurang-kurangnya mestilah sama dengan yang diberikan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) terdahulu pada 2018.

"Kami juga menggesa Fadhlina supaya segera mengatasi masalah kekurangan guru dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, STEM dan Mandarin di semua sekolah di Pulau Pinang," menurut kenyataan yang dikeluarkan DAP Bagan pada Rabu.

Sementara itu, DAP Bagan turut mengumumkan barisan jawatankuasa yang dipilih dalam AGM baru-baru ini.

Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng kekal menerajui DAP Bagan sebagai Pengerusi dan dibantu oleh dua orang anak kepada bekas Exco Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar, Phee Boon Poh sebagai setiausaha dan bendahari.

Phee Syn Tze yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Puyu dilantik sebagai Setiausaha manakala adik lelakinya, Phee Boon Chep dilantik menjadi bendahari.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!