Tiada pasukan dari Liga M3 naik pangkat

Stuart Ramalingam
Stuart Ramalingam
A
A
A

LIGA Bolasepak Malaysia (MFL) memberikan bayangan tiada pasukan daripada Liga M3 akan naik pangkat beraksi di Liga Super musim depan.

Ketua Pegawai Eksekutif MFL Datuk Stuart Ramalingam berkata, pihaknya tidak menerima sebarang dokumen selepas berakhirnya tarikh tutup untuk pasukan menghantar dokumen baru-baru ini.

"Penyingkiran dan kenaikan adalah berdasarkan kepada lesen Liga Bolasepak Amatur (AFL). Hal ini kerana pasukan AFL perlu menerima lesen sebelum 'playoff' atau kenaikan boleh dilakukan.

"Sebelum saya mahu menyingkirkan pasukan perlu tahu ada yang boleh menggantikannya. Perlu mengambil kira kedudukan pasukan AFL boleh menerima lesen dan masuk ke Liga Super.

"Semua pasukan belum menyerahkan dokumen secara keseluruhan. Pasukan perlu mengambil tahu tarikh tutup diberikan MFL. Tarikh tutup sudah lepas dan setakat ini tiada pasukan AFL melengkapkan syarat pelesenan," katanya.

Berdasarkan peraturan, dua pasukan dari Liga M3 boleh naik pangkat untuk beraksi dalam saingan Liga Super musim depan bagi menggantikan dua pasukan tercorot dari Liga Super yang akan disingkirkan.

Kenyataan terbaharu daripada MFL ini secara tidak langsung menyaksikan Kelantan FC yang ketika ini berada di tangga tercorot berpeluang kekal di Liga Super sekiranya lulus syarat pelesenan.

Sementara itu, Stuart mengharapkan 14 pasukan akan terus kekal beraksi pada musim depan namun perubahan jumlah terbabit tetap tertakluk kepada integriti dan syarat pelesenan kebangsaan.

Artikel Berkaitan:

"Integriti dan syarat pelesenan menjadi keutamaan dalam usaha memastikan saingan liga kukuh dan stabil termasuklah jika ada penyingkiran kelak," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!