Gemencheh Boys salur RM1 setiap pembelian tiket bantu rakyat Palestin

Syarikat penerbitan, Astro Shaw, akan menyalurkan RM1 dari setiap pembelian tiket filem Gemencheh Boys ke Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin bermula 30 Oktober 2023.
Syarikat penerbitan, Astro Shaw, akan menyalurkan RM1 dari setiap pembelian tiket filem Gemencheh Boys ke Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin bermula 30 Oktober 2023.
A
A
A

KONFLIK yang berlaku di Palestin terus menjadi perhatian dunia dan terbaharu, syarikat penerbitan, Astro Shaw, akan menyalurkan RM1 dari setiap pembelian tiket filem Gemencheh Boys ke Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin bermula 30 Oktober 2023.

Penerbit Eksekutif Gemencheh Boys merangkap Naib Presiden, Ketua Astro Shaw dan Perniagaan Melayu Nusantara, Raja Jastina Raja Arshad berkata, inisiatif sumbangan ini adalah bagi membantu rakyat Palestin.

"Kami berharap pelaksanaan usaha ini dapat mempamerkan kebersamaan seluruh masyarakat terhadap perjuangan Palestin. Semoga bantuan ini dapat meringankan beban mereka yang terkesan di bumi Gaza," katanya.

Gemencheh Boys terbitan Astro Shaw bersama GV Corporate Advisory dan SOL Pictures telah mula ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei sejak 26 Oktober lalu.

Filem ini mengangkat sebuah kisah enam budak ‘jahanam’ sewaktu zaman persekolahan. Kenakalan mereka sering diperkatakan bukan sahaja di sekolah tetapi di kalangan penduduk kampung.

Demi menjadikan mereka manusia berguna, Cikgu Azman berusaha membimbing dan mendorong mereka menyertai pasukan kriket sekolah, sekaligus mengubah kehidupan mereka.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!