Etnik Rohingya turut merasai keperitan rakyat Palestin

Antara peserta kejohanan sukan melibatkan empat sekolah etnik Rohingya di Sungai Petani pada Rabu.
Antara peserta kejohanan sukan melibatkan empat sekolah etnik Rohingya di Sungai Petani pada Rabu.
A
A
A

SUNGAI PETAN - Kesengsaraan yang dihadapi mangsa keganasan perang terutama kanak-kanak di Gaza akibat kekejaman Zionis turut dirasai etnik Rohingya di Malaysia.

Guru Besar Baitul Rahmah Rohingya Learning Centre (BRRLC) Sungai Petani, Farah Najwa Zainuddin berkata, warga BRRLC termasuk ibu bapa dan waris turut meluahkan rasa empati terhadap apa yang berlaku di Palestin.

Menurutnya, bagi membuktikan solidariti terhadap penduduk Gaza, komuniti berkenaan tidak ketinggalan menyertai kempen kutipan sumbangan untuk membantu saudara seagama yang kini berdepan kesukaran.

Farah Najwa
Farah Najwa

"Selain menunjukkan solidariti, mereka juga menyumbang sejumlah wang yang diserahkan melalui Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) agar masyarakat di sana dapat dibantu.

"Sekurang-kurangnya keperitan yang dihadapi rakyat Palestin dapat dirasai oleh etnik Rohingya walau di mana jua mereka berada," katanya ketika ditemui pada Kejohanan Olahraga BRRLC di sini, pada Rabu.

Seramai 151 peserta berusia antara enam hingga 16 tahun dari empat sekolah menyertai kejohanan itu yang merupakan kali kedua dianjurkan.

Sebahagian daripada peserta kejohanan sukan yang dianjurkan melibatkan etnik Rohingya pada Rabu.
Sebahagian daripada peserta kejohanan sukan yang dianjurkan melibatkan etnik Rohingya pada Rabu.

Artikel Berkaitan:

Antaranya BRRLC Taman Sejahtera (Sungai Petani), BRRLC Seberang Pantai Johor (Alor Setar), BRRLC Kampung Berjaya (Alor Setar) dan Rohingya Community School (Sungai Petani).

Farah Najwa yang juga pengarah kejohanan menjelaskan, penganjuran itu berupaya merapatkan ukhuwah antara satu sama lain memandangkan mereka jarang berjumpa.

"Mereka dapat tengok suasana sukan bagaimana dianjurkan di Malaysia, mereka boleh lari tetapi tidak tahu bagaimana untuk lari mengikut undang-undang.

"Ini pengalaman baru bagi mereka...kita turut membawakan urusetia yang terdiri daripada ibu bapa dan waris serta guru yang turut sama-sama menjayakan kejohanan ini," katanya.

Peserta yang mengambil bahagian dalam acara larian 200 meter lelaki bersedia untuk dilepaskan.
Peserta yang mengambil bahagian dalam acara larian 200 meter lelaki bersedia untuk dilepaskan.

Jelasnya, melalui sukan dapat mencungkil bakat, memupuk semangat kesukanan, membentuk disiplin dan keperibadian tinggi dalam kalangan komuniti tersebut.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!