[VIDEO] Haramkan TikTok Shop: Kerajaan belum ada keputusan
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/632564/berita/nasional/haramkan-tiktok-shop-kerajaan-belum-ada-keputusan
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen" />
KUALA LUMPUR - Kerajaan buat masa ini belum membuat sebarang keputusan atau pendirian berhubung transaksi e-dagang di platform media sosial TikTok Shop di Malaysia.
Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata, ini kerana cadangan supaya sekatan terhadap platform itu masih dalam penelitian kedua belah pihak.
“Berkaitan dengan cadangan sekatan terhadap TikTok Shop (sebenarnya) perkara ini sedang diteliti dan siri libat urus sedang berjalan. Insya-ALLAH esok Timbalan Menteri (KKD) akan mengadakan pertemuan dengan penyedia platform itu.
“Kita (KKD) akan mendapatkan pandangan daripada mereka (TikTok) mengenai beberapa perkara kerana waktu ini kita (kerajaan) belum ada sebarang keputusan atau pendirian (sama ada ingin haramkan TikTok Shop atau sebaliknya),” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan mewakili kementeriannya di Dewan Rakyat di sini pada Rabu.
Media sebelum ini melaporkan, Indonesia akan mengharamkan platform TikTok Shop di negaranya.
Sementara itu, dalam perkembangan sama, Fahmi turut memaklumkan setakat 1 Januari hingga 1 September lalu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan kerjasama TikTok Shop telah menurunkan sebanyak 2,783 kandungan di platform berkenaan.
Tindakan itu dibuat berikutan berlaku kesalahan melanggar garis panduan ditetapkan mengikut undang-undang sedia ada.
“Tindakan ini adalah mengikut undang-undang sedia ada serta berdasarkan aduan daripada masyarakat awam atau pihak yang terkesan,” katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!