Berita pilihan Februari 2019

No Image Caption
A
A
A

1. Orang bujang dapat BSH RM100 (1,913,059 bacaan)

PUTRAJAYA - Kerajaan mengumumkan Bantuan Sara Hidup (BSH) sebanyak RM100 untuk golongan bujang yang belum berkahwin dan yang bekerja tetapi berpendapatan rendah.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, sebagai permulaan, pembayaran RM100 akan disalurkan kepada setiap individu yang berdaftar di bawah kategori bujang dalam pangkalan data BSH 2018.

2. 3 cendol durian RM114: 'Terima kasih tolong promosi' (1,355,871 bacaan)

MELAKA - Pemilik Raja Cendol Taming Sari tetap mempertahankan harga cendol di premisnya meskipun menyedari ia didakwa mahal sehingga menjadi tular di media sosial sejak semalam.

Muhammad Ariff Qayyum Mohd Zambri, 25, berkata, insiden yang berlaku ini sesuatu yang positif dan harga yang ditetapkan adalah berpatutan.

No Image Caption

3. Padah guna alat jimat elektrik (1,172,225 bacaan)

Artikel Berkaitan:

Hasrat seorang pengguna menjimatkan bil elektrik di rumahnya di Puchong, bertukar padah apabila disaman Tenaga Nasional Berhad (TNB) hampir mencecah RM9,000 gara-gara menggunakan satu alat kononnya boleh menjimatkan tenaga elektrik.

Shamsulhairi Mohd Yasin, 38, yang inginkan kisahnya menjadi pengajaran kepada orang ramai telah berkongsikan kisahnya di laman sosial Facebook.

Menurutnya, sebelum guna kaedah 'wire bypass', dia dan keluarga telah menggunakan sejenis peralatan yang perlu dipasang pada soket elektrik namun bil elektrik tetap sama dan tiada penurunan.

No Image Caption

4. Bapa, anak lemas dalam kereta (1,125,877 bacaan)

KEMAMAN - Akibat tidur dalam kereta, seorang bapa dan anak lelakinya kritikal selepas disyaki lemas di dalam kenderaan itu semasa sedang menunggu isterinya di tempat letak kereta Hospital Kemaman, di sini, tengah hari tadi.

Mohd Amiroshelmi Jusoh, 30 dan anak lelakinya, Putera Rafiudin yang berusia enam tahun ditemui rakannya yang melihat kedua-dua mereka terbaring tidak sedarkan diri pada kira-kira jam 12.30 tengah hari di dalam kereta jenis Proton Gen 2.

Lelaki itu dikatakan datang dari Bandar Kerteh untuk melihat isteri dan anak bongsunya yang berusia tiga tahun yang ditahan di wad hospital berkenaan ekoran masalah kesihatan sejak Isnin lalu.

No Image Caption

5. Sultan Johor mahu Salahuddin mengadap (740,822 bacaan)

JOHOR BAHRU - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar mahu individu yang juga menteri didakwa menyampaikan ceramah dalam sebuah masjid di negeri ini segera mengadapnya.

Tuanku sultan yang murka terhadap tindakan tersebut turut menuntut individu berkenaan membuat permohonan maaf secara bersurat.

Baginda dengan tegas mengingatkan telah menjadi peraturan dalam negeri Johor tidak dibenarkan sesiapa berceramah terutama di dalam masjid atau kawasan sekitarnya, kecuali telah mendapat tauliah dan kebenaran yang dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ).

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

Artikel Disyorkan