Mantapkan penggunaan e-perolehan, elak penglibatan pelobi

Kerajaan disaran mewajibkan setiap tender awam melalui sistem e-perolehan. - Foto fail Bernama
Kerajaan disaran mewajibkan setiap tender awam melalui sistem e-perolehan. - Foto fail Bernama
A
A
A

SHAH ALAM - Kerajaan disaran memantapkan penggunaan e-perolehan dengan mewajibkan setiap tender awam melalui sistem berkenaan bagi mengelakkan penglibatan pelobi dalam proses perolehan.

Pensyarah Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi (FSPPP), Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Raub, ‘Ainatul Fathiyah Abdul Rahim berkata, langkah tersebut dapat mengekang kontraktor atau vendor tidak berdaftar mengambil kesempatan dengan mengamalkan sistem konvensional yang membuka ruang kepada amalan rasuah.

“E-perolehan boleh mencegah komunikasi terus antara pegawai dan pembekal, sekali gus mengekang berlaku aktiviti melobi.

“Selain itu, ia dapat menghasilkan laporan audit dan pengurusan secara automatik, pemantauan atau penjejakan bagi setiap keputusan dalam kitaran proses berkenaan.

“Mekanisme yang lebih telus ini dapat meningkatkan akauntabiliti penjawat awam,” katanya.

Sinar Harian pada Isnin melaporkan, Laporan Ketua Audit Negara mengenal pasti 24 isu melibatkan ketirisan wang awam dan pembaziran di beberapa kementerian, agensi dan jabatan.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!