Pemuda Palestin kongsi situasi getir rumah keluarga dibom Israel

Tangkap layar siaran langsung Yousef bersama Hazeman di Instagram pada Selasa.
Tangkap layar siaran langsung Yousef bersama Hazeman di Instagram pada Selasa.
A
A
A

SHAH ALAM - Seorang pemuda Palestin yang kini menetap di Malaysia berkongsi situasi getir rumah keluarganya dibom tentera Israel sehinggakan terpaksa lari ke kawasan yang lebih selamat.

Yousef K O Abuassi, 28, berkata, dia yang tinggal di negara ini sejak lapan tahun lalu berhasil menghubungi ibunya di Gaza untuk bertanyakan khabar keluarga termasuk 12 adik beradiknya selepas tiga hari rejim Zionis menghentikan bekalan tenaga elektrik, air dan internet.

“Saya telefon mak, katanya mereka berada di tengah jalan kerana Israel sudah bom rumah.

“Macam mana saya nak tahan (sedih), bila tahu mak saya bersama adik beradik tidur di jalan, semua lari pergi hospital, sekolah atau gereja pun kena bom,” katanya dalam siaran langsung bersama personaliti media sosial, Hazeman Huzir di Instagram pada Selasa.

Ditanya mengenai pandangannya apabila melihat negara-negara Arab lain seolah-olah bersifat neutral, pemilik Instagram Yousuf Anak Palestin memaklumkan, kejadian tersebut sememangnya sudah tertulis di dalam al-Quran dan rakyat Palestin perlu bersabar menjalani ujian itu.

Mengakui kejatuhan Palestin dan Masjid al-Aqsa suatu perkara yang mengaibkan buat golongan muslim, anak kelahiran daerah Zeitoun itu menganggap kebanyakan pemimpin Islam berdiam diri tentang kezaliman rejim Zionis kerana takut dengan pemerintahan Amerika Syarikat (AS).

Tambahnya, konflik yang berlaku dengan Israel sejak sekian lama bukanlah semata-mata kerana ingin mendapatkan hak orang Palestin dan mempertahankan Masjid al-Aqsa, tetapi buat umat Islam di seluruh dunia juga.

“Ramai orang tak faham dan nampak macam mana tentera tutup masjid tak bagi orang solat, ini (Masjid al-Aqsa) kiblat pertama umat Islam.

Artikel Berkaitan:

“Ia bukan untuk warga Palestin saja, tapi untuk semua orang walaupun berbeza negara,” ujarnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!