Iran beri amaran akan kesan buruk jika Gaza terus diserang

Hossein (kiri) ketika bertemu Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdoğan di Ankara baru-baru ini. - Foto Reuters
Hossein (kiri) ketika bertemu Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdoğan di Ankara baru-baru ini. - Foto Reuters
A
A
A

ANKARA - Menteri Luar Iran, Hossein Amirabdollahian mengeluarkan satu lagi amaran terhadap pengeboman berterusan Israel di Gaza ketika ini yang terus berpanjangan memasuki minggu ketiga.

Dalam satu sidang media bersama Menteri Luar Turki di Ankara, Hossein berkata, jika gencatan senjata segera tidak berlaku di Gaza dan serangan pantas oleh Amerika Syarikat (AS) dan rejim Zionis berterusan, maka akibatnya akan menjadi dahsyat.

"Jika peperangan ini tidak dihentikan dengan segera dan serangan bersama terhadap penduduk awam, wanita, dan kanak-kanak Gaza oleh AS dan Israel tidak dihentikan, maka akibatnya bagi mereka yang menjalankan peperangan ini akan menjadi serius.

"Dalam mesyuarat yang kami adakan di Doha, Qatar bersama kepimpinan politik Hamas dan berdasarkan maklumat yang diterima dari golongan saingan, boleh dikatakan bahawa jika genosid dan jenayah perang terhadap penduduk awam tidak dihentikan dengan serta-merta, kita sangat hampir ke tahap di kawasan (Asia Barat) di mana keputusan yang penting dan signifikan akan dibuat," katanya.

AS dan Israel telah menyerang pejuang Hamas yang disokong Iran di Asia Barat sebagai tindak balas terhadap serangan sejak beberapa minggu lalu, mencetuskan kebimbangan konflik Gaza boleh mencetuskan perang yang lebih luas.

Iran berkata, ia menyokong Hamas tetapi tidak memainkan sebarang peranan dalam serangan maut ke atas Israel bulan lepas. - Awani

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!