Pemandu BMW tersepit, dua penumpang tercampak dalam kemalangan

Seorang lelaki yang memandu sebuah kereta cedera akibat tersepit, manakala dua penumpang kenderaan itu tercampak keluar dalam kemalangan berhampiran Plaza Tol Kajang di Lebuhraya Utara Selatan pada Khamis.
Seorang lelaki yang memandu sebuah kereta cedera akibat tersepit, manakala dua penumpang kenderaan itu tercampak keluar dalam kemalangan berhampiran Plaza Tol Kajang di Lebuhraya Utara Selatan pada Khamis.
A
A
A

KAJANG - Seorang lelaki yang memandu sebuah kereta cedera akibat tersepit, manakala dua penumpang kenderaan itu tercampak keluar dalam kemalangan berhampiran Plaza Tol Kajang di Lebuhraya Utara Selatan di sini, pada Khamis.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 5.07 pagi.

"Seramai sembilan anggota dan pegawai bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kajang bergegas ke lokasi kejadian.

"Setibanya di lokasi, kita mendapati kemalangan membabitkan kereta jenis BMW yang terbabas, di mana terdapat tiga mangsa iaitu dua lelaki dan seorang wanita," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Ahmad Mukhlis berkata, pemandu kereta itu mengalami kecederaan pada bahagian kaki akibat tersepit, manakala dua lagi mangsa tercampak keluar namun mereka selamat.

"Pemandu yang tersepit itu berjaya dikeluarkan oleh pihak bomba dalam tempoh empat minit.

"Kesemua mangsa diserahkan kepada pihak kementerian Kesihatan Malaysia untuk tindakan selanjutnya," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!