Mayat lelaki ditemukan tersangkut di ranting kayu

Mayat seorang lelaki tanpa pakaian ditemukan tersangkut di ranting kayu di sebuah anak sungai berhampiran loji kumbahan di Kampung Felda Sendayan.
(Foto Bomba Negeri Sembilan)
Mayat seorang lelaki tanpa pakaian ditemukan tersangkut di ranting kayu di sebuah anak sungai berhampiran loji kumbahan di Kampung Felda Sendayan. (Foto Bomba Negeri Sembilan)
A
A
A

SEREMBAN - Mayat seorang lelaki tanpa pakaian ditemukan tersangkut di ranting kayu di anak sungai berhampiran loji kumbahan di Kampung Felda Sendayan di sini pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, pihaknya dimaklumkan mengenai penemuan itu kira-kira jam 9.30 pagi.

"Pemeriksaan yang dijalankan mendapati mayat tanpa identiti itu dipercayai berbangsa Cina berdasarkan warna kulit.

"Anggaran umur sekitar lewat 40-an dan tiada tanda-tanda khusus yang ada pada mayat tersebut," katanya pada Khamis.

Ujarnya, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut sebelum laporan bedah siasat diperoleh.

"Mayat berkenaan telah dihantar ke bahagian forensik Hospital Tuanku Jaafar, Seremban untuk bedah siasat," katanya.

Beliau berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian atau kehilangan ahli keluarga diminta tampil ke balai polis berhampiran atau menghubungi pegawai penyiasat kes Sarjan Rubama Lawasa di talian 013- 3144250 atau Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban 06-6033222.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!