Fasa ketiga pelepasan air terawat Fukushima bermula

Jepun mula melaksanakan fasa ketiga pelepasan air radioaktif terawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik, pada Khamis.
Jepun mula melaksanakan fasa ketiga pelepasan air radioaktif terawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik, pada Khamis.
A
A
A

ANKARA - Jepun mula melaksanakan fasa ketiga pelepasan air radioaktif terawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik, pada Khamis.

Fasa ketiga ini akan dilanjutkan sehingga 20 November, meskipun mendapat tentangan dari China dan Rusia, lapor Agensi Anadolu memetik Kyodo News yang berpangkalan di Tokyo.

Tokyo Electric Power Company Holdings (TEPCO) merancang untuk mengepam kira-kira 460 tan air terawat setiap hari melalui pembetung bawah laut, menurut laporan itu.

Fasa keempat pula dijadual bermula Mac depan yang membabitkan pelepasan kira-kira 31,200 tan air.

Jepun mula menyalurkan air terawat daripada loji itu sejak Ogos lepas, mencetuskan reaksi negatif dari China dan parti pembangkang Korea Selatan termasuk Kepulauan Solomon.

Susulan insiden gempa bumi dan tsunami pada 2011, loji Fukushima terpaksa ditutup akibat bencana nuklear yang berlaku.

Kemalangan itu dianggap sebagai bencana nuklear terburuk sejak insiden Chernobyl pada 1986. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!