Missclyen Roland
Missclyen Roland, dua tahun, dilahirkan dengan wajah dan tubuh berbulu lebat akibat sindrom congenital generalised hypertrichosis (CGH) ketika ditemui di Kampung Penan Muslim Batu 10, Bintulu- Miri hari ini.
Missclyen, bersama ibu bapanya menarik perhatian umum apabila dapat mengabadikan pertemuan singkat menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah ketika konvoi Kembara Kenali Borneo singgah di pekarangan Masjid Al-Falah, Kampung Penan Muslim Batu 10, Bintulu-Miri pada 10 September lepas.
Semalam, menerusi satu hantaran di media sosial, ibu kepada Missclyen, Theresa Gunting memaklumkan menerima warkah daripada Istana Negara yang menyatakan kesudian Tunku Azizah untuk mengambil Missclyen sebagai anak angkat.
Dalam warkah bertarikh 10 Oktober itu, Tunku Azizah menzahirkan hasrat baginda membiayai belanja persekolahan Missclyen selain rawatan penyakit Hypertrichosis atau “Sindrom Werewolf” yang dihidapi kanak-kanak perempuan itu. - Foto Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!