JKNP siasat video politik pembangkang dimuat naik di Facebook rasmi

Jabatan Kesihatan Negeri Pahang (JKNP). Gambar kecil: Nor Azimi Yunus
Jabatan Kesihatan Negeri Pahang (JKNP). Gambar kecil: Nor Azimi Yunus
A
A
A

KUANTAN - Jabatan Kesihatan Negeri Pahang (JKNP) menjalankan siasatan terperinci berhubung hantaran politik (video) ucapan seorang pemimpin parti pembangkang yang dimuat naik di Facebook rasmi jabatan itu pada Khamis.

Pengarahnya, Datuk Indera Dr Nor Azimi Yunus berkata, jika terbukti ada kesalahan tingkah laku melibatkan pegawainya, jabatan itu tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan di bawah Perintah Am Bab D: Peraturan – Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan Dan Tatatertib) 1993.

"JKNP mendokong penuh dasar dan polisi kerajaan sedia ada dan Kementerian Kesihatan (KKM)," katanya melalui satu kenyataan pada Khamis.

Video berkaitan politik itu tular di media sosial selepas dimuat naik di Facebook JKNP sebelum ia dipadamkan.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!