Komuniti Media Madani akan dibentuk sampaikan maklumat sahih dasar kerajaan

Satu Komuniti Media Madani akan dibentuk yang merangkumi jentera parti-parti penyokong kerajaan, bagi memastikan maklumat yang sahih dan tepat berkenaan dasar-dasar kerajaan dapat disebarkan kepada rakyat. - Gambar hiasan (Gambar kecil: Fahmi)
Satu Komuniti Media Madani akan dibentuk yang merangkumi jentera parti-parti penyokong kerajaan, bagi memastikan maklumat yang sahih dan tepat berkenaan dasar-dasar kerajaan dapat disebarkan kepada rakyat. - Gambar hiasan (Gambar kecil: Fahmi)
A
A
A

KUALA LUMPUR - Satu Komuniti Media Madani akan dibentuk yang merangkumi jentera parti-parti penyokong kerajaan, bagi memastikan maklumat yang sahih dan tepat berkenaan dasar-dasar kerajaan dapat disebarkan kepada rakyat.

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata, inisiatif itu digerakkan memandangkan sejak kebelakangan ini terdapat pihak tertentu yang mahu menenggelamkan usaha-usaha dan ikhtiar kerajaan secara tersusun terutamanya menerusi pelbagai saluran media sosial.

"Antara tujuan dan matlamat kita bentuk Komuniti Media Madani ini adalah untuk memastikan kita dapat menjalin hubungan yang erat sesama kita.

"Dengan hubungan yang erat itu, lebih banyak maklumat dapat kita sampaikan di samping kita boleh dengan mudah ‘cross check’ beberapa perkara dan lebih pantas kita respon kepada perkara ini,” katanya ketika berucap di Forum Belanjawan 2024 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC) malam Khamis.

Fahmi yang juga Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi Strategik Kerajaan Perpaduan berkata, serangan di media sosial terhadap kerajaan datang dari pelbagai saluran dan berlaku pada bila-bila masa.

Justeru, katanya, Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) telah melakukan beberapa perkara bagi menangani perkara itu termasuk memanggil pengendali platform media sosial yang selama ini enggan memberi kerjasama dengan kerajaan.

"Tujuannya bukan untuk menekan atau menzalimi sesiapa, tetapi kita ingin pastikan kebebasan media itu wujud, kebebasan suara itu ada dan dapat dinikmati, tapi bukan kebebasan menyebar fitnah, buruk sangka yang tidak berasas,” katanya.

Sementara itu, Ketua Penerangan UMNO Datuk Seri Azalina Othman Said di dalam ucapannya berkata, Komuniti Media Madani diwujudkan sebagai satu platform penggerak parti mendapatkan info terkini dan sahih mengenai kerajaan Madani.

"Komuniti media Madani yang kita ingin wujudkan di peringkat-peringkat negeri ini, kita nak supaya jentera kita dapat maklumat yang paling sahih untuk kita salurkan bagi atasi persepsi politik yang salah.

Artikel Berkaitan:

"Penting untuk mendapatkan berita atau maklumat yang sahih kerana ada beberapa maklumat berat sebelah dan boleh mengelirukan rakyat,” kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) itu. - Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!