Jual lebih 100 jenis makanan RM3

Noorwarda (kanan) tidak menang tangan melayan pelanggan yang membeli aneka makanan berharga RM3 dijualnya.
Noorwarda (kanan) tidak menang tangan melayan pelanggan yang membeli aneka makanan berharga RM3 dijualnya.
A
A
A

ALOR SETAR - Seorang peniaga menjual aneka makanan termasuk kambing panggang pada harga RM3 di Jalan Datuk Kumbar, di sini, sejak enam bulan lalu.

Pemilik Rumah Kedai Tiga Ringgit, Noorwarda Mohd Noor, 31, berkata, harga makanan dijual hanya RM3 bagi memberi peluang kepada pelanggan menikmati pelbagai menu masakan.

Ibu kepada dua cahaya mata itu menjelaskan, pendekatan diambil selaras hasrat untuk berkongsi rezeki bersama orang ramai.

Noorwarda menunjukkan dua menu paling popular.
Noorwarda menunjukkan dua menu paling popular.

"Kami menawarkan lebih 100 makanan terdiri daripada menu Barat, Melayu, China dan Korea, malah turut menawarkan pelbagai menu pencuci mulut.

"Paling istimewa, ada kambing panggang, megi udang galah dan 'macaroni cheese'," katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.

Noorwarda berkata, harga menu RM3 termasuk makanan vendor itu dirasakan murah dan berpatutan malah kuantiti disediakan sepadan dengan makanan berkenaan.

Artikel Berkaitan:

Megi udang yang dijual dengan harga RM3.
Megi udang yang dijual dengan harga RM3.

Katanya, dengan keadaan ekonomi sekarang, harga makanan tersebut masih berbaloi dan bersesuaian untuk seisi keluarga.

"Untuk kambing panggang, kami mengecilkan saiz makanan itu untuk dijual pada harga RM3 bagi membolehkan semua orang merasa.

"Kita hendak bagi semua orang merasa segala makanan ada tidak kira menu Barat atau tempatan.

"Jika buat saiz besar mungkin tidak mampu tapi saiz kecil semua mampu beli," katanya.

Menurutnya, walaupun sedikit namun dia masih mampu meraih keuntungan hasil jualan menu RM3 tersebut.

Para pelanggan tidak melepaskan peluang membeli makanan berharga RM3.
Para pelanggan tidak melepaskan peluang membeli makanan berharga RM3.

Tambah pemegang Diploma Kulinari dari Food Institite of Malaysia itu, setakat ini sambutan positif diterima daripada pelanggan.

"Alhamdulillah, kira-kira 500 orang akan datang ke kedai hampir setiap hari untuk mendapatkan makanan RM3 diinginkan," katanya.

Noorwarda memberitahu, kedainya yang beroperasi dibantu lapan pekerja itu dibuka bermula jam 12 tengah hari selama lima hari dari Ahad hingga Khamis.

Aneka pencuci mulut dijual RM3.
Aneka pencuci mulut dijual RM3.

"Ada ketika, makanan habis licin dalam tempoh dua jam hingga kedai ditutup awal pada jam 2 petang, dan ada ketika jam 3 petang atau lewat sedikit," katanya.

Menurut Noorwarda, untuk perancangan masa hadapan, dia akan membuka cawangan kedai terbabit berhampiran Aman Sentral dalam tempoh terdekat ini.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!