PM zahir takziah kepada keluarga bekas Ahli Parlimen Sekijang

Anwar menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga bekas Ahli Parlimen Sekijang, Natrah Ismail, 73, yang meninggal dunia Khamis malam. - Foto FB Anwar Ibrahim
Anwar menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga bekas Ahli Parlimen Sekijang, Natrah Ismail, 73, yang meninggal dunia Khamis malam. - Foto FB Anwar Ibrahim
A
A
A

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga bekas Ahli Parlimen Sekijang, Natrah Ismail, 73, yang meninggal dunia Khamis malam.

Anwar menerusi catatan di laman X, turut mendoakan semoga roh Allahyarhamah ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.

"Terima khabar duka mantan Ahli Parlimen Sekijang, Natrah Ismail telah kembali ke rahmatullah.

ARTIKEL BERKAITAN: Bekas Ahli Parlimen Sekijang meninggal dunia

"Saya mengutuskan salam takziah kepada keluarga serta mendoakan roh Allahyarhamah ditempatkan di kalangan mereka yang beriman dan beramal soleh," menurut catatan itu.

Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Melawati, Juwairiya Zulkifli menerusi laman Facebooknya pada Khamis memaklumkan Natrah meninggal dunia akibat kanser.

Natrah yang merupakan Ahli Majlis Pimpinan Wanita Keadilan Pusat menjadi Ahli Parlimen Sekijang, Johor dari 2018 hingga 2022. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!