United perlu bangkit, elak kekalahan berterusan

Ten Hag - Foto Agensi
Ten Hag - Foto Agensi
A
A
A

MANCHESTER United perlu kuat untuk berdepan tekanan ketika The Red Devils mahu mengelak daripada kekalahan berterusan menjelang aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) menentang Fulham di laman lawan pada Sabtu.

Jurulatihnya, Erik ten Haq mahu anak-anak buahnya bangkit melupakan dua kekalahan berturut-turut untuk keluar daripada aksi buruk musim ini.

The Red Devils tewas 0-3 kepada Manchester City hujung minggu lalu dan kemudian diaibkan dengan keputusan sama menentang Newcastle dalam pusingan keempat Piala Liga pada Khamis.

United membuat penampilan terburuk sejak 1962-63 dan kekalahan menentang Fulham di Craven Cottage boleh meletakkan nasib Ten Hag di Old Trafford sebagai di hujung tanduk selepas kurang dua musim mengendalikan pasukan.

“Ia tidak cukup bagus dan kami tahu perkara itu.

"Ia di bawah standard kami dan kami tahu bahawa semua perlu bertanggungjawab,” kata Ten Hag selepas United tewas kepada Newcastle.

United kecundang lapan daripada 15 aksi mereka dalam semua pertandingan musim ini.

Prestasi buruk itu meletakkan mereka di kedudukan kelapan carta EPL dan di ambang bahaya gagal ke pusingan 16 terakhir Liga Juara-Juara.

Artikel Berkaitan:

Ten Hag yang terdesak untuk memburu kemenangan merayu anak buahnya bersatu membentuk skuad yang mantap.

“Itu adalah tugas kami. Tidur seketika dan kami perlu pergi lagi.

"Bangun berdiri serta berlari. Bersatu adalah jalannya.

"Satu-satunya cara kita perlu lakukan, maka kita akan melaluinya bersama,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!