MPK tak pernah benarkan warga asing miliki lesen niaga

Barangan seorang peniaga warga asing menjaja ikan tanpa lesen di pasar pagi di kawasan MPK disita.
Barangan seorang peniaga warga asing menjaja ikan tanpa lesen di pasar pagi di kawasan MPK disita.
A
A
A

KLANG - Majlis Perbandaran Klang (MPK) tidak pernah mengeluarkan sebarang kelulusan pemberian lesen kepada mana-mana peniaga warga asing di daerah itu.

Pengarah Komunikasi Korporatnya, Norfiza Mahfiz berkata, tidak akan berkompromi terhadap peniaga warga asing dan peniaga tanpa lesen yang menjalankan perniagaan terutama di pasar-pasar pagi kawasan berkenaan.

Menurutnya, MPK tegas dalam mengambil tindakan terhadap mana-mana peniaga yang berniaga tanpa kebenaran kerana mereka seolah-olah menafikan hak peniaga berlesen.

“Jangan nafikan hak peniaga berlesen yang komited dan mematuhi undang-undang kerana peniaga haram ini sesuka hati berniaga dengan membelakangi peraturan ditetapkan.

“Datang ke MPK dan mohon lesen perniagaan serta jika semua syarat dipatuhi, lesen akan dikeluarkan," katanya selepas operasi penguatkuasaan di pasar pagi Eng Ann di sini berakhir pada Jumaat.

Dalam operasi membabitkan sekumpulan anggota penguatkuasa itu, katanya, barangan seorang peniaga warga asing menjaja ikan tanpa lesen di pasar pagi berkenaan turut disita.

"Selain itu, kita juga mendapati tiga peniaga yang menjalankan perniagaan di pasar pagi ini tidak mempunyai permit manakala seorang pemilik permit pasar pagi tiada di tempat perniagaan

"Tiga notis UUK MPK 2007 diberikan kepada peniaga tidak mempunyai permit dan satu permit ditarik balik kerana pemilik tiada di lokasi dan menggajikan warga asing sebagai pekerja," katanya.

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu, beliau berkata, pihak MPK akan sentiasa memperhebatkan operasi seumpama itu dari masa ke masa khususnya di daerah berkenaan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!