Sila log masuk terlebih dahulu.
- Iklan -

Lebih 100 jenis makanan dijual RM3 sejak enam bulan lalu

03 November 2023 | Berita Semasa Video
A
A
A
BERITA MOJO 3 NOVEMBER 2023

Seorang peniaga mengambil pendekatan dengan menjual aneka makanan termasuk kambing panggang pada harga tidak masuk akal di Jalan Datuk Kumbar, Alor Setar, Kedah sejak enam bulan lepas, lapor wartawan Sinar Harian, Nurul Hidayah Hamid.

Pemilik Rumah Kedai Tiga Ringgit, Noorwarda Mohd Noor, berkata, harga makanan dijual pada RM3 bagi memberi peluang kepada pelanggan tanpa mengira lapisan untuk menikmati pelbagai menu masakan.

Ibu kepada dua cahaya mata itu berpandangan, pendekatan diambil itu selaras dengan hasrat untuk berkongsi rezeki dengan orang ramai.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/632767/edisi/utara/jual-lebih-100-jenis-makanan-rm3

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian #BeritaMojo #Mojo