Al-Quran perincikan karakter Yahudi
Kebiadaban luar biasa itu berpunca daripada sikap mereka yang menganggap Yahudi adalah makhluk paling mulia dan manusia lain tidak layak hidup
YAHUDI sebagai sebuah bangsa memiliki karakteristik tersendiri berbeza daripada bangsa yang lain. Secara umum, karakter Yahudi banyak dibayangi dengan sifat negatif dan buruk yang melekat pada mereka.
Secara umumnya karakter negatif bangsa Yahudi cukup banyak. Mereka terkenal sebagai golongan yang banyak berdusta, keras kepala, penipu, mengubah ayat-ayat ALLAH SWT mengikut hawa nafsu mereka, suka mencela, dengki dan bakhil.
Yahudi adalah bangsa yang sombong dan tidak mahu tunduk terhadap ajaran Rasulullah SAW walaupun mereka mengetahui kebenaran dan ajaran baginda.
Ibn Qayyim menyatakan bahawa orang Yahudi telah mengetahui dan meyakini kebenaran kenabian Rasulullah SAW dan mereka telah pun menyatakan hal itu, akan tetapi tetap memilih kekafiran dan kesesatan.
Sehubungan dengan itu tidak hairanlah didapati bahawa mereka begitu mudah mendustakan ajaran yang dibawa oleh para Rasul.
Spesifik dalam 48 potongan ayat
Secara khususnya, antara karateristik Yahudi yang dinyatakan dalam al-Quran sebagaimana yang telah ditafsirkan dalam Tafsir al-Maraghī adalah seperti yang berikut:
- Kufur kepada Nabi Muhammad SAW. (Al-Baqarah: 41).
- Suka menolak kebenaran (Al-Baqarah: 42).
- Engkar terhadap nikmat ALLAH SWT (Al-Baqarah: 47-48).
- Menyembah berhala (Al-Baqarah: 51).
- Paling cerewet dengan Nabinya (Al-Baqarah: 61).
- Melanggar perjanjian dengan ALLAH SWT (Al-Baqarah: 65).
- Suka mempermainkan perintah Nabi (Al-Baqarah: 67-71).
- Paling keras menolak kebenaran ILAHI (Al-Baqarah: 74).
- Suka melakukan tipu daya dalam masyarakat (Al-Baqarah: 76).
- Bermusuhan dengan sesamanya (Al-Baqarah: 84-85).
- Bangsa yang paling sombong dan membanggakan diri (Al-Baqarah: 91).
- Rakus terhadap kesenangan duniawi dan takut mati (Al-Baqarah: 96).
- Benci kepada malaikat Jibril dan Malaikat yang lain (Al-Baqarah: 97-98)
- Suka mengingkari perjanjian (Al-Baqarah: 100).
- Banyak mengikuti perkara khurafat (Al-Baqarah: 102).
- Dengki kepada Nabi Muhammad dan umatnya (Al-Baqarah: 105)
- Bangsa yang pertama kali menisbahkan anak kepada ALLAH (Al-Baqarah: 116).
- Membenci kebebasan beragama (Al-Baqarah: 180).
- Membenci agama nabi Ibrahim (Al-Baqarah: 130-133).
- Menganggap dirinya paling pandai (Al-Baqarah: 142).
- Mengenal ciri Nabi Muhammad tapi mengingkarinya (Al-Baqarah: 146).
- Bangsa yang dikutuk ALLAH SWT kerana merahsiakan kebenaran (Al-Baqarah: 159).
- Mengamalkan riba (Al-Baqarah: 275).
- Merancang pembunuhan Nabi Isa AS (Aali ‘Imran: 52-54).
- Khianat terhadap amanah (Aali ‘Imran: 75).
- Suka mengada-ada dalam urusan agama (Aali ‘Imran: 78).
- Suka menghalang kebenaran (Aali ‘Imran: 99)
- Suka berpecah belah (Aali ‘Imran:105).
- Mencela ALLAH SWT (Aali ‘Imran:181).
- Membuat ukuran kebenaran menurut selera sendiri (Aalī ‘Imran:183).
- Suka mencari pujian palsu (Aali ‘Imran: 188).
- Merasa dirinya paling bersih (An-Nisa': 49).
- Memeras orang lain apabila berkuasa (An-Nisa': 53).
- Dengki dengan kejayaan orang lain (An-Nisa': 54).
- Membuat kezaliman dalam perundangan (An-Nisa': 60).
- Mempermainkan paraNabi (An-Nisa': 153).
- Mengaku menjadi anak Tuhan dan kekasihnya (Al-Ma’idah: 18).
- Bangsa yang paling pengecut (Al-Ma’idah: 22).
- Menolak kebenaran dan menyukai kebohongan (Al-Ma'idah: 41)
- Gemar melakukan usaha-usaha kotor (al-Ma’idah: 42).
- Mengejek dan mempermainkan agama Islam (Al-Ma’idah: 58).
- Mengatakan ALLAH SWT itu bakhil (Al-Ma'idah: 64).
- Gemar membangkitkan peperangan (Al-Ma’idah: 64).
- Mendustakan kebenaran yang tidak disukai (Al-Ma’idah: 70).
- Berani membunuh para nabi (Al-Ma’idah: 71).
- Tidak peduli kemungkaran yang berlaku dalam masyarakat (QS. Al-Mā’idah: 79).
- Bekerja sama dengan musuh demi menghancurkan Islam (Al-Ma’idah: 80).
- Paling keras permusuhannya dengan agama Islam (Al-Ma’idah: 82).
Mengapa terlalu zalim?
Justeru, apabila melihat kepada apa yang telah dinyatakan dalam al-Quran mengenai karakter golongan Yahudi, maka tidak hairanlah bagaimana golongan Yahudi tersebut dengan mudahnya melakukan kejahatan yang tidak berperikemanusiaan terhadap umat Islam di Palestin.
Kekejaman semakin menjadi-jadi apatah lagi tindakan jahat rejim Zionis itu direstui Amerika Syarikat.
Persoalannya mengapa rejim Zionis begitu kejam dan biadab? Jawapannya ada dalam al-Quran.
Umat Islam yang mentadabbur ayat suci al-Quran dengan mudah mengetahui sikap dan karakter mereka yang telah dinyatakan. Kekejaman dan kebiadaban yang luar biasa itu berpunca daripada sikap mereka yang menganggap bahawa merekalah manusia yang paling mulia, dan manusia selain daripada mereka tidak layak hidup di atas muka bumi ini.
Justeru, mereka dengan sewenang-wenangnya melakukan kezaliman dengan merampas rumah dan tanah penduduk Palestin, bahkan mengisytiharkan tanah, rumah serta negara Palestin sebagai hak milik mereka.
Seterusnya mereka terus melakukan serangan pembunuhan secara berleluasa terhadap penduduk Palestin. Sungguh tidak tahu malu golongan Zionis Israel ini.
Malaysia konsisten dalam menyatakan pendirian dan sokongan tidak berbelah bahagi terhadap perjuangan Palestin termasuk di peringkat antarabangsa di pentas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Rakyat negara ini senada bersatu hati menghulurkan pelbagai sumbangan sebagai tanda solidariti menentang kezaliman Israel yang menduduki tanah Palestin secara haram.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan tegas dan berani memalukan negara Israel dengan menyifatkan penguasaan rejim berkenaan di Palestin perlu dinoktahkan.
Di hadapan muka Perdana Menteri Israel di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA), Anwar mendakwa mereka telah merampas tanah dengan pembinaan lebih banyak penempatan haram yang mencabuli undang-undang antarabangsa serta mencabul hak asasi rakyat Palestin.
***Prof Madya Dr Mohd Sukki Othman ialah Pensyarah Wacana Aqidah, Fiqh, Seerah, Akhlak dan I’jaz al-Quran Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!