Peruntukan ahli Parlimen: Pembangkang akan hentikan rundingan

Takiyuddin ketika bercakap pada sidang media di Ibu Pejabat PN di Sri Hartamas pada Jumaat. - Foto Sinar Harian/ASRIL ASWANDI SHUKOR
Takiyuddin ketika bercakap pada sidang media di Ibu Pejabat PN di Sri Hartamas pada Jumaat. - Foto Sinar Harian/ASRIL ASWANDI SHUKOR
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Wakil rakyat pembangkang akan menghentikan sebarang rundingan atau permohonan dengan kerajaan bagi mendapatkan peruntukan untuk kawasan masing-masing.

Ketua Whip Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Takiyuddin Hassan mengesahkan telah bertemu dua kali dengan Timbalan Perdana Menteri 2, Datuk Seri Fadillah Yusof yang diberi mandat oleh Perdana Menteri untuk berbincang mengenai peruntukan tersebut.

"Apa yang diminta Fadillah iaitu mahu pembangkang tulis surat kepada mereka beri jaminan tertentu dan sebagainya, dan setelah kami bincang (bersama ahli Parlimen PN) itu tak sepatutnya berlaku.

"Semasa di bawah pentadbiran Datuk Seri Ahmad Ismail Sabri Yaakob, kerajaan yang tawarkan kepada pembangkang untuk tandatangan perjanjian (MoU) yang disediakan, kemudian diberikan (peruntukan) tidak ada masalah apa-apa.

"Ini kenapa pula kita yang perlu surat, seolah-olah kita memohon dan kita memberi akur janji tertentu, tidak perlu," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PN di Sri Hartamas pada Jumaat.

Turut hadir, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin dan beberapa ahli Parlimen dari PN

Takiyuddin menegaskan pihaknya tidak akan menulis apa-apa surat kepada kerajaan kerana itu adalah janji dalam manifesto Pakatan Harapan (PH) untuk memberikan peruntukan sama rata.

Jelasnya, di Kelantan peruntukan yang sama diberikan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang, begitu juga di Terengganu dan Perlis.

Artikel Berkaitan:

Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, peruntukan untuk ahli Parlimen pembangkang akan disalurkan jika mereka bersedia untuk berunding dengan kerajaan berhubung perkara itu.

Malah beliau menafikan bertindak zalim dengan menganaktirikan empat negeri diperintah PN dengan mengurangkan peruntukan, sebaliknya meningkatkan peruntukan berbanding sebelum ini.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!