ZPP beri pengiktirafan kepada wakil kutipan zakat

Amran (tiga dari kiri) bergambar bersama dengan kelima-lima pemenang anugerah.
Amran (tiga dari kiri) bergambar bersama dengan kelima-lima pemenang anugerah.
A
A
A

KEPALA BATAS - Zakat Pulau Pinang (ZPP) memberi pengiktirafan kepada wakil kutipan zakat melalui lima anugerah yang disampaikan tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutif ZPP, Datuk Amran Hazali berkata, lima anugerah disediakan ialah Anugerah Khas: Abu Bakar As-Siddiq RA yang dinilai melalui berdasarkan prestasi kutipan terbaik.

Menurutnya, Anugerah Muaz bin Jabal RA pula dipilih berdasarkan Wakil Kutipan dan Agihan Terbaik 2023 dan Anugerah Huzaifah bin Al-Yaman RA yang dipilih berdasarkan Pengurusan Terbaik dan Inovasi 2023.

"Turut disediakan untuk wakil kutipan ialah Anugerah Abu ‘Ubaidah bin Al-Jarrah RA yang dipilih berdasarkan Kutipan Paling Aktif 2023; dan Anugerah Ka’ab Ibnu Malik RA yang dipilih berdasarkan Kriteria Dakwah Zakat Terbaik 2023,"katanya pada Program Keep in Touch yang diadakan bersama wakil kutipan zakat, di Bertam Resort di sini, pada Khamis.

Amran ketika berucap pada progran Keep in Touch bersama wakil kutipan zakat di Bertam Resort pada Khamis.
Amran ketika berucap pada progran Keep in Touch bersama wakil kutipan zakat di Bertam Resort pada Khamis.

Mengulas lanjut, Amran berkata, ZPP sememangnya meletakkan kepercayaan yang tinggi kepada wakil kutipan yang dilantik bagi bersama-sama memperkasakan agenda dakwah zakat dalam masyarakat Islam di Pulau Pinang khususnya.

Justeru itu katanya, program pada ini diadakan bertujuan untuk menjelaskan perlaksanaan wakalah dan meraikan Wakil Kutipan Zakat Pulau Pinang.

Tambah beliau, program ini merupakan salah satu platform bagi memupuk semangat kepada Wakil Kutipan ini agar akan terus memainkan peranan untuk memaksimumkan kutipan zakat kepada masyarakat.

Artikel Berkaitan:

"Berdasarkan rekod jumlah kutipan zakat daripada Wakil Kutipan sehingga bulan Oktober 2023 adalah sebanyak RM3,555,853.08 dan agihan zakat yang dkembalikan adalah sebanyak RM1,777,926.54.

"Peningkatan yang memberangsangkan berbanding tahun-tahun sebelum ini," katanya.

SENARAI PENERIMA ANUGERAH

- ANUGERAH KHAS: ABU BAKAR AS-SIDDIQ

(Prestasi Kutipan Terbaik 2023]

Pemenang: ISLAMIC PROPAGATION SOCIETY INTERNATIONAL (IPSI)

- ANUGERAH MUAZ IBNU JABAL

(Wakil Kutipan & Agihan Terbaik 2023)

Pemenang: SEKOLAH RENDAH ISLAM BAHRUL ULUM (SRIBU)

- ANUGERAH HUZAIFAH IBNU AL-YAMAN

(Pengurusan Terbaik dan Inovasi 2023)

Pemenang: PUSAT PENDIDIKAN AL ITQAN

- ANUGERAH ABU UBAIDAH AL-JARRAH

( Kutipan Zakat Paling Aktif 2023)

Pemenang: SURAU AR RIDHUAN

- ANUGERAH KA'AB IBNU MALIK

(Dakwah Zakat Terbaik 2023)

Pemenang: PUSAT PENGAJIAN DARUL HADIS PULAU PINANG

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!