Konflik Israel-Palestin: Masyarat Barat mula baca al-Quran, kenali Islam
SHAH ALAM - Jenayah pembunuhan beramai-ramai di Palestin membuka mata masyarata Barat untuk mengenali Islam dengan lebih dekat.
Setiausaha Eksekutif Majlis Ulama UMNO, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, golongan tersebut bangkit menyokong Palestin atas dasar kemanusiaan dan akhlak Islam telah membawa mereka lebih dekat dengan agama itu.
"Orang-orang Islam yang menjadi warganegara negara Barat sejak berdekad membawa risalah Islam menerusi cara hidup khususnya akhlak mereka.
"Islam pasti berkembang ke dalam hati masyarakat itu dengan mata pena dan penampilan, bukannya menerusi mata pedang yang menjadi pelindung kepada Islam apabila terancam serta pelindung kepada yang tertindas," katanya menerusi hantaran di laman Facebook pada Jumaat.
Sebelum ini tular di media sosial mengenai golongan bukan Islam di negara Barat mula membaca dan memahami al-Quran setelah melihat situasi yang berlaku di Gaza akibat kekejaman rejim zionis.
Ramai antara mereka memuat naik video di laman sosial memuji keteguhan iman, akidah dan semangat rakyat Palestin yang tetap bersabar dan reda dengan nasib mereka walaupun ahli keluarga terbunuh.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!