Tiga termasuk dua kanak-kanak parah nahas Kancil, bas ekspres

Bas ekspres dan Perodua Kancil terbabit dalam kemalangan di hadapan SK Nalapak, Ranau.
Bas ekspres dan Perodua Kancil terbabit dalam kemalangan di hadapan SK Nalapak, Ranau.
A
A
A

RANAU - Tiga termasuk dua kanak-kanak dilaporkan parah selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan sebuah Perodua Kancil dan bas ekspres di hadapan sebuah Sekolah Kebangsaan (SK) Nalapak, dekat sini, pada Jumaat.

Dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi itu, seramai 42 penumpang dan pemandu bas ekspres dilaporkan selamat.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ranau Ridwan Mohd Taib berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 11.29 pagi.

Menurutnya, seramai tujuh anggota dikejar ke lokasi yang terletak sejauh 20 kilometer dari BBP Ranau.

"Kemalangan melibatkan sebuah bas ekpres yang membawa 42 penumpang dan sebuah kenderaan jenis Perodua Kancil yang dinaiki tiga individu.

"Dua kanak-kanak lelaki berusia tujuh dan lapan tahun serta seorang pemandu wanita dalam Perodua Kancil cedera parah manakala penumpang dalam bas ekspres tidak mengalami kecederaan," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Katanya lagi, kesemua mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Ranau oleh orang awam sebelum pasukan bomba tiba.

"Operasi ditamatkan pada jam 12.10 tengah hari selepas memastikan lokasi kejadian dalam keadaan selamat," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!