Putera Philip dibenar keluar hospital
LONDON - Putera Philip yang juga suami Ratu Elizabeth II hari ini dibenar meninggalkan hospital selepas menjalani rawatan selama empat hari kerana keadaan kesihatan tidak begitu baik.
Atas nasihat doktor, Duke of Edinburgh yang berusia 98 tahun itu dibawa ke Hospital King Edward VII di London pada Jumaat lalu.
Istana Buckingham berkata, pemantauan dan rawatan berkaitan keadaan kesihatan sedia ada itu merupakan langkah berjaga-jaga.
Sementara itu, Ratu Elizabeth II kini berada di Sandringham Estate, Norfolk dimana beliau akan menyambut Krismas.
Putera Philip bersara daripada tugas awam pada bulan Ogos 2017 selepas berpuluh tahun menyokong Ratu Elizabeth II dan menghadiri pelbagai acara kebajikan.
Pada bulan Februari lalu, Putera Philip menyerahkan lesen memandunya setelah terlibat dalam kemalangan berhampiran Sandringham Estate. - Agensi
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!