Jalan B27 Rawang-Batang Berjuntai atasi isu kesesakan lebih 20 tahun

Amirudin (tengah) menyempurnakan Majlis Penyerahan Projek Negeri B27 dan Projek BOP di Prima Velox di sini pada Jumaat.
Amirudin (tengah) menyempurnakan Majlis Penyerahan Projek Negeri B27 dan Projek BOP di Prima Velox di sini pada Jumaat.
A
A
A

RAWANG - Projek naik taraf jalan B27 membabitkan Rawang-Batang Berjuntai yang mengambil masa lebih 10 tahun untuk disiapkan bakal memberi manfaat kepada 100,000 pengguna.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, penyiapan projek tersebut baru-baru ini mengatasi masalah kesesakan teruk dihadapi pengguna terutama pada waktu puncak sejak 20 tahun lalu.

Menurutnya, projek pelebaran jalan yang disekalikan dengan naik taraf Sungai Gong juga sekali gus mengatasi isu banjir kilat di kawasan tersebut.

"Projek ini tertangguh lama, ketika itu masalah perolehan rendah dan kontraktor dilantik tidak dapat siapkan projek sebelum kontraktor penyelamat dilantik.

"Pada masa sama timbul isu lain antaranya banjir yang menyebabkan kerajaan negeri ambil keputusan membuat tender semula dan akhirnya projek ini berjaya disiapkan," katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penyerahan Projek Negeri B27 dan Projek BOP di Prima Velox di sini pada Jumaat.

Amirudin berkata, pada masa sama, Rawang akan menerima projek jalan Persekutuan berhampiran Stesen Komuter Rawang hingga persimpangan tol Lebuh Raya Utara Selatan (Plus) dijangka siap pada 2027.

"Persekutuan meluluskan peruntukan RM400 juta bagi tujuan tersebut. Siapnya projek ini mampu memberikan lebih keselesaan kepada pengguna dari Bandar Rawang hingga ke Batang Berjuntai/ Bestari Jaya.

Artikel Berkaitan:

"Kemudahan ini bersesuaian dengan kepadatan dan pertambahan penduduk di taman perumahan antaranya Saujana Rawang dan Bandar Country Homes," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!