47 trak bantuan tambahan masuk ke Gaza

Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin pada Jumaat berkata, sebanyak 47 trak bantuan tambahan telah memasuki Semenanjung Gaza melalui lintasan sempadan Rafah dari Mesir. Foto Xinhua
Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin pada Jumaat berkata, sebanyak 47 trak bantuan tambahan telah memasuki Semenanjung Gaza melalui lintasan sempadan Rafah dari Mesir. Foto Xinhua
A
A
A

RAMALLAH - Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin pada Jumaat berkata, sebanyak 47 trak bantuan tambahan telah memasuki Semenanjung Gaza melalui lintasan sempadan Rafah dari Mesir.

Organisasi itu berkata, trak berkenaan dimuatkan dengan bahan makanan, botol air, bekalan perubatan dan khemah, lapor Agensi Anadolu.

"Bagaimanapun, tiada bahan api dibenarkan masuk ke Gaza setakat ini,” katanya.

Di bawah sekatan 16 tahun Israel di Semenanjung Gaza, kira-kira 500 trak yang membawa barangan memasuki wilayah itu setiap hari termasuk 45 trak yang membawa bahan api.

Bagaimanapun, semua itu terhenti sejak 7 Oktober menyebabkan wilayah Palestin mengalami kekurangan barangan keperluan asas, termasuk bahan api yang sangat diperlukan untuk membekalkan tenaga di hospital selain memastikan air boleh dirawat dan selamat untuk diminum. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!