Jepun catat jumlah kelahiran terendah tahun ini
TOKYO - Jumlah kelahiran bayi di Jepun mengalami penurunan sebanyak 5.9 peratus tahun ini kepada kurang 900,000 bayi untuk kali pertama sejak kerajaan mula mengumpul data pada tahun 1899, kata kementerian kebajikan hari ini.
Penganalisis berkata, penurunan jumlah kelahiran akan lebih membebankan peruntukan kebajikan bagi menampung peningkatan kos menyara populasi yang semakin berusia sekali gus menjejaskan pertumbuhan ekonomi.
Terdapat 512,000 kematian berbanding kelahiran pada tahun ini, kali pertama ia melepasi angka 500,000 dengan hanya seramai 864,000 bayi dilahirkan. Tahun lalu seramai 918,400 bayi dilahirkan.
Menurut pegawai bertanggungjawab mengumpul data tersebut, ia merupakan penurunan terbesar kelahiran sejak tahun 1975 disebabkan jumlah wanita berusia antara 25 tahun hingga 39 tahun berkurangan.
Kerajaan mengharapkan kadar kelahiran pada kadar 1.8 peratus namun ia dianggap tinggi berikutan kadar semasa adalah 1.42 peratus pada tahun 2018. - AFP
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!