Lambat bertindak pencetus masalah mental remaja

Siti Hawa (kanan) bersama peserta Program Karnival Kesihatan ReHAK di reruai jualan pelbagai buku berkaitan kesihatan pada Sabtu.
Siti Hawa (kanan) bersama peserta Program Karnival Kesihatan ReHAK di reruai jualan pelbagai buku berkaitan kesihatan pada Sabtu.
A
A
A

KOTA BHARU - Lambat menyedari masalah dan bertindak menjadi antara pencetus kepada masalah kesihatan mental membabitkan remaja di negara ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Advokasi Reproductive Health Association Kelantan (ReHAK), Prof Madya Siti Hawa Ali berkata, ada remaja yang cepat mengalami kemurungan selepas menganggap diri mereka ketinggalan.

"Sebagai contoh, media sosial kini menjadi medium utama kepada golongan berkenaan dan mereka akan menjadi stres jika dikatakan ketinggalan," katanya kepada Sinar Harian selepas menyertai Program Karnival Kesihatan ReHAK di sini pada Sabtu.

Hadir sama, Timbalan Presiden ReHAK, Prof Dr Nik Soriani Yaakob.

Siti Hawa yang juga Pengerusi Program Karnival Kesihatan ReHAK memberitahu, pencetus lain kepada masalah mental ialah keluarga, kekangan kewangan dan gagal membuat keputusan.

Tambah beliau, remaja perempuan lebih ramai mengalami masalah kesihatan mental.

"Mereka mudah stres jika ibu bapa menunjukkan masalah di rumah selain golongan wanita yang turut dikesan mengalami perkara sama," katanya.

Artikel Berkaitan:

Siti Hawa
Siti Hawa

Bagaimanapun jelas Siti Hawa, ada individu yang prihatin kepada diri sendiri datang bertemu doktor ketika mereka sukar membuat keputusan, kemurungan dan menyimpan perasaan terpendam.

"Bertemu doktor tidak semestinya individu itu ada indikasi atau petanda yang dia sedang sakit teruk tetapi disebabkan beberapa perkara yang boleh menambah kemurungan," katanya.

Jelas beliau lagi, ReHAK membantu golongan berkenaan dengan melaksanakan aktiviti kesihatan dengan kerjasama agensi berkaitan kesihatan.

"Kita menjadi koordinator dan bergerak bersama agensi tersebut termasuk jabatan kesihatan, sekolah dan hospital," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!