Malaysian Tigress kelima terbaik di ACT 2023 India

Malaysian Tigress - Foto Malaysian Hockey Confederation
Malaysian Tigress - Foto Malaysian Hockey Confederation
A
A
A

SKUAD hoki wanita negara mengakhiri kempen Trofi Juara-Juara Asia (ACT) 2023 di kedudukan kelima selepas mengatasi Thailand 1-0 dalam perlawanan klasifikasi tempat kelima dan keenam di Stadium Hoki Marang Gomke Jaipal Singh Astroturf Ranchi, India.

Jaringan tunggal hasil pukulan sudut penalti Nurmaizatul Hanim Syafi Sheikh Fuad minit pertama perlawanan membolehkan Malaysian Tigress kendalian Mohd Nasihin Nubli Ibrahim meraih kemenangan kedua dalam kejohanan berkenaan.

“Alhamdulillah kita dapat kemenangan kedua dengan Thailand sekali gus dapat tempat kelima. Namun begitu saya rasa kita boleh lakukan lebih baik berikutan meraih banyak peluang melalui pukulan sudut penalti.

“Sekembalinya ke Malaysia banyak perkara perlu dilakukan kerana kita tahu kejohanan ini bukan mudah.

“Kita akan fokus kepada pemulihan pemain yang cedera untuk fokus kepada perlawanan kelayakan Sukan Olimpik Paris 2024,” kata Mohd Nasihin menerusi audio dikongsi kepada media selepas perlawanan.

Malaysian Tigress mengakhiri kempen Trofi Juara-Juara Asia 2023 di kedudukan kelima. - Foto Malaysian Hockey Confederation
Malaysian Tigress mengakhiri kempen Trofi Juara-Juara Asia 2023 di kedudukan kelima. - Foto Malaysian Hockey Confederation

Saingan liga sepusingan itu, menyaksikan Malaysia tewas tiga perlawanan kepada juara bertahan Jepun 0-3, India (0-5) serta China (0-4).

Anak buah Nasihin meraih keputusan seri 1-1 menentang Korea Selatan sebelum bangkit meraih kemenangan sulung ke atas Thailand 2-0.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!