Pembantu kantin sekolah ditemukan lemas di Pantai Air Papan
MERSING - Seorang pembantu kantin sekolah yang sedang bercuti bersama keluarganya ditemukan lemas di Pantai Air Papan di sini, tengah hari tadi.
Ketua Polis Daerah Mersing, Superintenden Abdul Razak Abdullah Sani berkata, menurut saksi, Mohamad Yasin Abdul Jaleel, 18, dijumpai terdampar di tepi pantai berkenaan kira-kira pukul 1 tengah hari, sebelum diberi bantuan oleh orang awam yang berada di lokasi kejadian.
"Mangsa (Mohamad Yasin) yang berasal dari Kluang telah dibawa ke Hospital Mersing untuk mendapatkan rawatan, namun disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Abdul Razak berkata, hasil siasatan mendapati tiada unsur-unsur jenayah dalam kejadian ini dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!