Pertahan legasi ayah, Nur Syazwani Izyan ketepikan cita-cita jadi polis

Nur Syazwani Izyan menunjukkan hiasan lampu yang dihasilkan daripada tanah liat.
Nur Syazwani Izyan menunjukkan hiasan lampu yang dihasilkan daripada tanah liat.
A
A
A

KOTA BHARU - Seorang gadis dari Kampung Bunut Payong di sini, sanggup 'memadamkan' cita-citanya untuk menjadi anggota polis semata-semata mahu mempertahankan legasi ayahnya sebagai tukang seramik.

Pemilik kepada Belipot Craft Ceramic, Nur Syazwani Izyan Jefridin, 31, yang merupakan pelajar lulusan Diploma Pengurusan itu berkata, sebagai anak sulung daripada empat beradik, sudah menjadi tanggungjawabnya mempertahankan kemahiran yang diwarisi ayahnya, Jefridin Mat, 57, sejak tahun 1986 lagi.

"Seramik inilah yang menjadi mata pencarian ayah untuk membesarkan kami empat beradik. Bila adik-beradik lain tidak berminat, jadi saya ambil tanggungjawab tersebut demi ayah sekali gus menyambung warisan yang sudah berusia 37 tahun.

Nur Syazwani Izyan sudah 13 tahun berkecimpung dalam bidang pembuatan seramik.
Nur Syazwani Izyan sudah 13 tahun berkecimpung dalam bidang pembuatan seramik.

"Bertitik tolak dari situlah, saya nekad menjadikan ia sebagai kerjaya. Alhamdulillah, perasaan cinta dan sayang pada seramik makin bertambah," katanya kepada Sinar Harian.

Menurut Nur Syazwani Izyan, sudah 13 tahun dia berkecimpung dalam bidang tersebut dan telah menghasilkan lebih 80 produk berasaskan tanah liat seperti bekas telur, hiasan pasu, lampu serta hiasan dalaman rumah.

Ujarnya, corak yang dihasilkan pula adalah mengikut peredaran masa untuk memastikan ia mendapat tempat di hati masyarakat terutama golongan muda.

Artikel Berkaitan:

Nur Syazwani Izyan telah menghasilkan lebih 80 produk berasaskan tanah liat seperti bekas telur, hiasan pasu, lampu serta hiasan dalaman rumah.
Nur Syazwani Izyan telah menghasilkan lebih 80 produk berasaskan tanah liat seperti bekas telur, hiasan pasu, lampu serta hiasan dalaman rumah.

Tambahnya, setiap hari lebih 100 biji seramik berjaya dihasilkan bergantung kepada acuan serta permintaan pelanggan.

"Setakat ini, ia dipasarkan di seluruh negara termasuk luar negara seperti Singapura.

"Harga untuk setiap barangan adalah serendah RM1 hingga RM150 bergantung kepada jenis barangan dan corak digunakan. Kami tidak jual mahal, ia berdasarkan kepada minat semata-mata, bukan mencari untung lebih," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!