Agong, Raja Permaisuri hadir makan malam amal PBSM

Yang di-Pertuan Agong berkenan menerima cenderahati daripada PBSM yang disaksikan Pengerusi Kebangsaan PBSM, Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz Almarhum Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah pada Makan Malam Amal sempena Sambutan Ulang Tahun ke-75 PBSM malam Sabtu. - Foto: Bernama

A
A
A

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan berangkat ke majlis makan malam amal Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSM).

Majlis itu diadakan bersempena dengan sambutan ulang tahun ke-75 PBSM.

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan berangkat ke Majlis Makan Malam Amal sempena Sambutan Ulang Tahun ke-75 PBSM di sebuah hotel malam Sabtu. - Foto: Bernama

Pengerusi Kebangsaan PBSM, Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz Almarhum Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah dalam ucapannya berkata, susulan krisis di Palestin baru-baru ini, persatuan itu telah melancarkan rayuannya bagi membantu Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin (PRCS) dalam usaha mereka menyediakan sokongan kemanusiaan.

"Kami sedang menguruskan pemindahan RM200,000 kepada Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin. Sumbangan ini direalisasikan susulan kemurahan hati rakyat Malaysia dan sokongan kerajaan.

"Kita sedang menyaksikan ketidakpatuhan terhadap Undang-Undang Kemanusiaan Antarabangsa, Konvensyen Geneva dan peraturan serta pengendalian peperangan dan menggesa anda agar terus menyokong usaha kami," katanya.

Beliau juga berkata, PBSM berjaya mengumpul sumbangan berjumlah RM1.9 juta daripada entiti korporat bagi pelbagai inisiatif kemanusiaan seperti bantuan bencana banjir, naik taraf bilik perkhidmatan kecemasan PBSM dan sekolah medan kemanusiaan.

Antara penyumbang ialah Nestle Malaysia, Yayasan CIMB, Yayasan TM, Melaleuca Asia Tenggara dan Pfizer.

Artikel Berkaitan:

Turut hadir Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek; Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh serta Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Majlis makan malam itu turut menyaksikan Al-Sultan Abdullah berkenan melancarkan koleksi Setem Sempena Ulang Tahun ke-75 PBSM. - Bernama

TAG: PBSM, makan malam amal, PBSM, kemanusiaan, ulang tahun

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!