Kecederaan Haaland resahkan Guardiola
PEP Guardiola berharap Erling Haaland tidak akan diketepikan untuk tempoh yang lama selepas pemain Norway itu terpaksa dikeluarkan akibat kecederaan ketika Manchester City membelasah Bournemouth 6-1 pada Sabtu.
Haaland mengalami kecederaan buku lali pada lewat separuh masa pertama di Etihad dan Guardiola tidak mengambil risiko dengan City sudah mendahului 3-0 pada ketika itu.
Juara Eropah itu menerima kunjungan pasukan dari Switzerlanda, Young Boys dalam saingan Liga Juara-Juara pada Rabu..
“Kecederaan di buku lali. Kami tidak mahu mengambil risiko dengannya kerana dia tidak berasa selesa,” kata Guardiola mengenai kecederaan Haaland.
“Dia akan kembali mungkin Selasa tetapi mungkin Ahad depan. Mudah-mudahan bukan isu besar,” kata Guardiola mengenai kecederaan Haaland.
Haaland gagal menjaringkan gol dalam tempoh 45 minit di atas padang, tetapi City masih sukar digugat apabila mereka kembali ke puncak Liga Perdana.
Jeremy Doku adalah bintang persembahan dengan gol pembukaan dan menyumbang empat bantuan gol.
Bernardo Silva menjaringkan dua gol, manakala Manuel Akanji, Phil Foden dan Nathan Ake masing-masing turut menjaringkan satu gol.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!