Penerbangan lewat tunggu katering makanan, apa sudah jadi? - Ka Siong

Kenderaan AeroDarat meninggalkan pesawat sebaik selesai pemunggahan makanan. - Foto FB Wee Ka Siong
Kenderaan AeroDarat meninggalkan pesawat sebaik selesai pemunggahan makanan. - Foto FB Wee Ka Siong
A
A
A

SHAH ALAM - Gara-gara menunggu bekalan katering makanan, penerbangan pesawat Malaysia Airline Berhad (MAS) dari Kuala Lumpur ke Johor Bahru yang dinaiki bekas Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong terlewat hampir sejam.

Situasi berkenaan menyebabkan Ka Siong menegur syarikat penerbangan nasional itu untuk mengambil tindakan serius terhadap pelan pengendalian bekalan makanan mereka.

Menurutnya, penerbangan MH1051 yang dinaikinya pada Ahad hanya berlepas pada jam 10.20 pagi, berbanding 9.30 pagi seperti yang dijadualkan.

Ka Siong (kanan) dan Larry menaiki penerbangan yang sama menuju ke Johor Bahru. - Foto FB Wee Ka Siong
Ka Siong (kanan) dan Larry menaiki penerbangan yang sama menuju ke Johor Bahru. - Foto FB Wee Ka Siong

“Saya terserempak dengan Ahli Parlimen Julau, Datuk Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien di KLIA dan kebetulan kami berdua ada mesyuarat dan program di JB (Johor Bahru). Maka, kami menaiki pesawat yang sama.

“Apabila tiba di Pintu Pelepasan A2 jam 9.15 pagi, kami dimaklumkan bahawa pesawat masih tidak dibenarkan berlepas atau boarding kerana menunggu bekalan katering makanan. Maka, kami terpaksa kembali menunggu di MAS Golden Lounge.

“Pada jam 9.35 pagi, dari MAS Golden Lounge, kami perhatikan sebuah kenderaan AeroDarat tiba di pesawat. Selepas 13 minit, kenderaan AeroDarat meninggalkan pesawat sebaik selesai pemunggahan,” katanya dalam hantaran di Facebook pada Ahad.

Tambah Ahli Parlimen Ayer Hitam itu, insiden itu boleh dielakkan sekiranya ada koordinasi yang lebih baik.

Artikel Berkaitan:

Penerbangan MH1051 yang dinaiki Ka Siong (kiri) hanya berlepas pada jam 10.20 pagi, berbanding 9.30 pagi seperti yang dijadualkan. - Foto FB Wee Ka Siong
Penerbangan MH1051 yang dinaiki Ka Siong (kiri) hanya berlepas pada jam 10.20 pagi, berbanding 9.30 pagi seperti yang dijadualkan. - Foto FB Wee Ka Siong

Jelasnya, kontrak bekalan makanan Brahim’s telah ditamatkan pada pertengahan tahun ini dan pada peringkat awal, beliau boleh menerima jika berlaku sedikit ‘kekecohan’.

“Pihak MAS telah melaksanakan pelan alternatif berbulan-bulan, tapi bekalan makanan masih lewat dihantar ke pesawat. Apa sudah jadi?

“Mohon pihak pengurusan MAS mengambil tindakan serius terhadap isu ini. Harap kejadian seperti ini tidak berulang lagi,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!