Program OKU Celik Digital pastikan tiada golongan terpinggir - Fahmi

Fahmi melayan karenah pengunjung sambil berswafoto ketika menghadiri Majlis Perasmian Program Pemerkasaan OKU Celik Digital di Pusat Komuniti IWK Eco Park hari ini. - Foto Bernama
Fahmi melayan karenah pengunjung sambil berswafoto ketika menghadiri Majlis Perasmian Program Pemerkasaan OKU Celik Digital di Pusat Komuniti IWK Eco Park hari ini. - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Program Pemerkasaan Orang Kurang Upaya (OKU) Celik Digital adalah salah satu usaha kerajaan untuk menghubungkan komuniti OKU dengan agensi kerajaan selaras aspirasi Malaysia Madani.

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata, inisiatif itu juga diperkenalkan bagi memastikan tiada golongan masyarakat dalam negara ini terpinggir dalam pelaksanaan dasar dan inisiatif kerajaan.

Fahmi berkata, program itu turut menjadi platform untuk mempromosikan inisiatif yang digerakkan oleh Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD), khususnya melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi membolehkan komuniti OKU memperoleh manfaat dan pelbagai faedah.

Fahmi beramah mesra dengan pengunjung ketika menghadiri Majlis Perasmian Program Pemerkasaan O KUCelik Digital di Pusat Komuniti IWK Eco Park hari ini. - Foto Bernama
Fahmi beramah mesra dengan pengunjung ketika menghadiri Majlis Perasmian Program Pemerkasaan O KUCelik Digital di Pusat Komuniti IWK Eco Park hari ini. - Foto Bernama

"Dunia digital bertindak sebagai pemboleh cara yang memberi peluang kepada komuniti ini berkomunikasi tanpa kekangan.

"Justeru, pelaksanaan program pembangunan dan pemerkasaan digital belia OKU dilakukan bagi membolehkan mereka menggunakan peluang sebaik mungkin dan meningkatkan kebolehpasaran OKU dalam pekerjaan,” katanya ketika berucap merasmikan program itu di sini hari ini.

Menurutnya lagi, terdapat empat objektif utama yang ditekankan menerusi Program OKU Celik Digital yang merangkumi peningkatan kesedaran serta advokasi kepada komuniti OKU, pendedahan kepada komuniti berhubung kewaspadaan jenayah siber, mendidik dan melindungi pengguna internet daripada risiko dan ancaman dalam talian serta meningkatkan tahap literasi digital masyarakat.

Artikel Berkaitan:

Fahmi beramah mesra dengan pengunjung ketika menghadiri Majlis Perasmian Program Pemerkasaan OKU Celik Digital di Pusat Komuniti IWK Eco Park hari ini. - Foto Bernama
Fahmi beramah mesra dengan pengunjung ketika menghadiri Majlis Perasmian Program Pemerkasaan OKU Celik Digital di Pusat Komuniti IWK Eco Park hari ini. - Foto Bernama

"Kesemua objektif ini dicapai melalui perkongsian beberapa modul yang merangkumi tiga aspek iaitu kesedaran internet, keusahawanan digital dan pemerkasaan digital,” katanya.

Fahmi berkata modul-modul tersebut disampaikan oleh beberapa agensi kerajaan dan swasta yang antaranya terdiri daripada SKMM Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan Shopee. - Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!