Pengalaman pentas final taruhan SMK Dato' Harun

Pemain SMK Dato' Harun, Tanjung Karang bagi saingan Piala Datuk Mokhtar Dahari B-18 2023.
Pemain SMK Dato' Harun, Tanjung Karang bagi saingan Piala Datuk Mokhtar Dahari B-18 2023.
A
A
A

PENGALAMAN beraksi di pentas perlawanan akhir menjadi sandaran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato' Harun apabila berdepan SMK Meru dalam perlawanan akhir Piala Datuk Mokhtar Dahari Bawah 18 tahun (B18) 2023 di Arena Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) pada Isnin.

Itu taruhan pengendali pasukan bola sepak B-18 SMK Dato' Harun, Mohd Zulfadli Mohamad Ali, yang percaya pengalaman beraksi dalam tiga pentas perlawanan akhir berintensiti tinggi sebelum ini merupakan azimat penting dalam membentuk ketenangan dan keyakinan para pemainnya.

Malah jelas Zulfadli, juga menyifatkan motivasi para pemain pasukan jagoan Tanjung Karang tersebut berada pada tahap terbaik untuk merangkul kejuaraan berganda selepas menyambar trofi Piala Sumbangsih kejohanan yang mendapat tajaan Kumpulan Perangsang Selangor Berhad (KPS Berhad) berkenaan.

"Secara jujur, saya melihat pengalaman para pemain SMK Dato' Harun dalam beberapa tahun kebelakangan ini banyak mematangkan gaya permainan pasukan.

"Malah, saya percaya para pemain saya mampu menampilkan ketenangan daripada pasukan lawan apabila berdepan atmosfera tinggi perlawanan akhir yang ternyata berbeza dibandingkan aksi peringkat kumpulan, 16 terbaik, suku dan separuh akhir.

"Selebihnya saya berharap segala perancangan taktikal yang ditetapkan semasa sesi latihan akan dapat diterjemahkan dalam bentuk jaringan para pemain saya," katanya yang akan menurunkan barisan terbaik dalam perlawanan pada Isnin.

No Image Caption

Sebagai rekod, SMK Dato' Harun menyambar slot final selepas menewaskan SMK Seksyen 11, Shah Alam, 2-0 dalam aksi separuh akhir di padang sintetik Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Seksyen 28, Shah Alam.

Artikel Berkaitan:

Anak buah Zulfadli juga merupakan finalis musim lalu tersebut kali ini berpeluang menebus kekecewaan edisi 2022 selepas dijinakkan SMK Shah Alam, Shah Alam menerusi penentuan sepakan penalti 5-4 dalam perlawanan akhir di di Stadium Mini KPM SMK USJ 23, Subang Jaya, pada 5 November lalu.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!