Lapan barang disenarai di bawah SHMMP Deepavali
Pemangku Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali berkata barangan lain ialah bawang merah kecil (India) tidak termasuk ros, cili merah, daging kambing biri-biri bertulang import, kelapa biji (harga maksimum pada peringkat borong sahaja), kelapa parut (harga maksimum pada peringkat runcit sahaja) dan tomato.
"SHMMP ini akan berjalan selama tiga hari sebelum perayaan, semasa perayaan dan tiga hari selepas perayaan... dikuatkuasakan melalui Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011,” katanya dalam sidang akhabr pengumuman SHMMP Deepavali 2023 pada Isnin.
Armizan berkata, semakan harga boleh dibuat menerusi laman web Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara (KPDN) di https://www.kpdn.gov.my.
"Sebarang kes mengenai harga barangan juga kita minta orang ramai agar melaporkan secara terus kepada mana-mana platform kementerian bagi memastikan aduan itu dapat disiasat dengan segera,” katanya.
Deepavali atau pesta cahaya akan disambut oleh penganut agama Hindu di seluruh negara Ahad ini. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!