Sila log masuk terlebih dahulu.
- Iklan -

Sistem tol aliran pantas di lebuh raya guna ANPR, RFID

06 November 2023 | Berita Semasa Video
A
A
A

BERITA SEMASA 6 NOVEMBER 2023

Pelaksanaan Aliran Pantas Pelbagai Lorong (MLFF) bagi sistem kutipan tol di lebuh raya akan menggunakan sistem Pengecaman Nombor Pendaftaran Automatik (ANPR) selain sistem Pengecaman Frekuensi Radio (RFID).

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata, dengan pelaksanaan MLFF, pengguna tidak lagi perlu memberhentikan atau memperlahankan kenderaan bagi membuat bayaran tol, sekali gus meningkatkan kelancaran perjalanan di lebuh raya melalui transaksi pembayaran tol yang cepat dan efisien.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Alor Setar, Afnan Hamimi Taib Azamudden sama ada kerajaan bercadang melaksanakan sistem kutipan tol tanpa plaza tol dan palang.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/633227/berita/nasional/sistem-tol-aliran-pantas-pelbagai-lorong-di-lebuh-raya-guna-anpr-rfid

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen