MyIPO jalin kerjasama dengan TikTok, bantu peniaga dalam talian

Kamal Kormin (dua dari kiri) bersama Simon Zhou (dua dari kanan).
Kamal Kormin (dua dari kiri) bersama Simon Zhou (dua dari kanan).
A
A
A

PETALING JAYA - Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bersama platform video mudah alih bentuk pendek, TikTok untuk memastikan polisi penguatkuasaan harta intelek di platform berkenaan selaras dengan akta-akta harta intelek dalam negara.

Kerjasama tersebut bertujuan menentukan peniaga dalam talian khususnya di TikTok Shop dapat meningkatkan pematuhan terhadap perundangan harta intelek.

Ia ditandatangani oleh Ketua Pengarah MyIPO, Kamal Kormin dan Ketua Hak Harta Intelek Asia Tenggara Tiktok, Simon Zhou yang disaksikan Pengerusi MyIPO, Dr Mohd Zuhan Mohd Zain serta Timbalannya, Yusnieza Syamila Yusoff di sini, pada Isnin.

Pengerusi MyIPO, Dr Mohd Zuhan Mohd Zain berkata, kerjasama tersebut akan memberikan kesedaran dan menyebarkan pengetahuan serta maklumat tentang perkara berkenaan kepada golongan usahawan aktif atau Perusahaan Mikro Kecil dan Sederhana (PMKS) dalam talian.

“Dalam masa sama, TikTok mewujudkan satu Pusat Perlindungan Harta Intelek (IPCC) bertujuan membolehkan pemilik membuat aduan terus jika ada sebarang pelanggaran yang berlaku.

“Kewujudan IPCC ini dapat membantu pemilik berkenaan dalam membendung tindakan yang semakin meningkat dalam negara.

“Polisi penguatkuasaan di aplikasi itu akan dikemaskini dari masa ke masa dengan penyelarasan perkara tersebut termasuk perspektif jualan,” katanya ketika sidang media selepas majlis menandatangani MoU berkenaan.

Tambah beliau, MyIPO memfokuskan dua komponen harta intelek iaitu tanda dagangan dan hak cipta peniaga kepada produk jualan di platform berkenaan.

Artikel Berkaitan:

Jelasnya, peniaga hanya membayar RM950 bagi menjamin tanda dagangan produk yang akan dilindungi selama 10 tahun manakala RM200 untuk menjamin hak cipta perniagaan selama 50 tahun.

“Jika dibahagikan RM950 dengan 10 tahun, ia sudah cukup berbaloi dan menjamin perniagaan serta produk yang akan dilindungi oleh TikTok mahupun MyIPO sendiri.

“Pihak TikTok tidak akan membenarkan pemilik berniaga di platform itu selagi mereka tidak mendaftar terlebih dahulu kerana ia menjadi kewajiban kepada perniagaan untuk melindungi produk masing-masing,” ujarnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!