17 kali ulang-alik ke pentas ambil pingat

Danish (tengah) diapit Nurliza dan Michelle yang memberikan sokongan penuh kepadanya untuk menjadi seorang chef terkemuka suatu hari nanti.
Danish (tengah) diapit Nurliza dan Michelle yang memberikan sokongan penuh kepadanya untuk menjadi seorang chef terkemuka suatu hari nanti.
A
A
A

ALOR SETAR - Seorang pelajar Kolej Vokasional Langkawi mengejutkan juri Kejohanan Chef Sedunia 2019 apabila merangkul 17 pingat dalam kesemua 17 kategori yang disertainya itu di Stadium Sultan Abdul Halim dekat sini baru-baru ini.

Danish Adham Nuqman Soon, 17, yang mengambil jurusan kulinari tidak menyangka dia turut dianugerahkan Piala Outstanding Hot Cooking Chef selepas memberi saingan kepada cef berpengalaman lain.

Menurutnya, beliau memenangi pingat emas melalui kategori Chicken Chop, Kuih Nyonya, Nasi Goreng, Char Kuey Teow, Salmon, Ayam Rendang Dan ‘Western Breakfast’ dan selebihnya adalah sembilan pingat perak serta satu gangsa dalam pelbagai jenis masakan.

"Selepas melihat senarai kategori, saya nekad menyertai kesemua kategori namun tidak menyangka meraih pingat dalam semua kategori itu. Juri pun terkejut kerana saya berulang alik ke pentas sebanyak 17 kali untuk menerima pingat tersebut.

"Saya memang minat memasak sejak kecil dan bercita-cita untuk menjadi cef dikenali di peringkat antarabangsa.

"Pertandingan ini adalah yang paling tinggi pernah saya sertai kerana bersaing dengan ramai cef berpengalaman," katanya kepada Sinar Harian.

Danish (tengah) mengejutkan juri Kejohanan Chef Sedunia 2019 walaupun baru berusia 17 tahun.
Danish (tengah) mengejutkan juri Kejohanan Chef Sedunia 2019 walaupun baru berusia 17 tahun.

Danish Adham bersyukur kerana mendapat sokongan daripada keluarga terutama ibunya Nurliza Adnan dan ibu saudaranya, Datuk Michelle Soon Cheng Luan yang menemani sepanjang tiga hari pertandingan berlangsung.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, Nurliza, 42, berkata, mereka sekeluarga akan terus memberi sokongan kepada Danish Adham untuk terus menimba ilmu dan pengalaman dalam bidang kulinari sehingga peringkat tertinggi.

"Danish sudah mula menunjukkan bakat dalam bidang masakan sejak usia lapan tahun lagi dan dia juga bercita-cita menjadi seorang cef dan dia sendiri memilih Kolej Vokasional Langkawi untuk mendalami bidang itu," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!