Sila log masuk terlebih dahulu.
- Iklan -

Pemilik syarikat didakwa menipu kemukakan dokumen palsu kepada PERKESO

06 November 2023 | Berita Semasa Video
A
A
A
BERITA MOJO 6 NOVEMBER 2023

Seorang pemilik syarikat teknologi maklumat (IT), mengaku tidak bersalah atas kesemua enam pertuduhan menipu di Mahkamah Sesyen Johor Bahru pada Isnin, lapor wartawan Sinar Harian, Shahrizal Ahmad Zaini.

Tertuduh, K. Shiva Lingaa membuat pengakuan berkenaan di hadapan Hakim Datuk Ahmad Kamal Arifin Ismail selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya oleh jurubahasa mahkamah.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan tersebut di Pejabat PERKESO Johor Bahru pada 30 Jun 2021 lalu.

Oleh itu tertuduh didakwa mengikut Seksyen 417 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/633226/berita/semasa/pemilik-syarikat-didakwa-buat-tuntutan-palsu-program-perkeso

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian #BeritaMojo