Grab menawarkan Rakan Pemandu dan Penghantar insurans percuma

A
A
A

Grab menawarkan insurans percuma untuk melindungi Rakan Pemandu dan Penghantar Grab. - Gambar ihsan Grab Malaysia
Grab menawarkan insurans percuma untuk melindungi Rakan Pemandu dan Penghantar Grab. - Gambar ihsan Grab Malaysia

Tidak dinafikan Rakan Pemandu dan Penghantar Grab berdepan dengan risiko kemalangan kerana ia adalah sebahagian daripada asam garam dalam menunaikan tugas serta tanggungjawab mereka.

Sama ada dalam trafik yang tidak menentu, faktor cuaca seperti hujan lebat mahupun kelewatan luar jangka, semua ini boleh mengundang kemalangan yang tak disangka.

Oleh itu, tidak kira sama ada Rakan Pemandu dan Penghantar Grab adalah seorang bapa, ibu tunggal, sedang menyara ibu bapa mereka yang uzur atau ingin menambah pendapatan isi rumah; tanggungjawab melindungi diri dan pendapatan mereka adalah penting kerana ia akan membawa impak ke atas pendapatan dan kehidupan mereka.

Salah satu inisiatif Grab ialah penawaran insurans secara percuma kepada para Rakan Pemandu dan Penghantar Grab, untuk melindungi mereka semasa dan di luar waktu bertugas.

Insurans Group Personal Accident merangkumi perlindungan sewaktu bertugas sehingga RM40,000 untuk kematian akibat kemalangan, hilang upaya kekal, melecur (tahap tiga) serta bayaran balik perubatan akibat kemalangan sehingga RM4,000.

No Image Caption

Artikel Berkaitan:

Insurans Group Personal Accident akan diaktifkan selagi Rakan Pemandu dan Penghantar berada dalam talian atau online (sementara menunggu untuk menerima atau pun sedang melaksanakan tempahan) untuk GrabCar, GrabTaxi dan JustGrab manakala untuk GrabFood, GrabMart dan GrabExpress, insurans ini diaktifkan dari awal hingga akhir setiap penghantaran.

Selain itu, Insurans Kemalangan RPG 24/7 khas untuk semua Rakan Penghantar Grab semasa dan di luar waktu bertugas, untuk memastikan mereka dilindungi 24/7 pada bila-bila masa, di mana-mana sahaja di Malaysia.

No Image Caption

Pengarah, Operasi Grab Malaysia Rashid Shukor, berkata matlamat Grab Malaysia bukan sahaja untuk memastikan Rakan-rakan mereka dilindungi, tetapi untuk memastikan manfaat jangka panjang dan kesejahteraan Rakan Grab dan ahli keluarga mereka dijaga.

Selain itu, kata beliau, Grab juga bekerjasama dengan rakan insurans untuk memastikan semua Rakan Pemandu dan Penghantar Grab juga dapat melindungi keluarga mereka dengan bayaran premium serendah RM1 sehari, yang mana bayaran premium ini boleh ditolak terus daripada pendapatan bulanan mereka.

Sekiranya berlaku kemalangan, Rakan Pemandu dan Penghantar Grab boleh membuat tuntutan insurans dengan mudah. Mereka perlu membuat laporan polis dan juga melaporkan kemalangan tersebut kepada perkhidmatan pelanggan Grab. Dokumen yang berkenaan juga perlu dihantar kepada Chubb untuk diproses dengan sewajarnya, dan tuntutan bergantung kepada tahap kemalangan.

Memastikan kebajikan Rakan Pemandu dan Penghantar Grab dijaga

Selain itu, Grab juga bekerjasama dengan rakan kongsi lain untuk menyediakan pelbagai program insurans untuk melindungi diri Rakan Pemandu dan Penghantar serta orang yang mereka sayangi.

Pelan perlindungan tersebut adalah sebahagian daripada program GrabBenefits untuk memenuhi keperluan serta kesejahteraan Rakan Pemandu dan Penghantar Grab supaya mereka boleh terus menjana pendapatan bersama Grab.

GrabBenefits mempunyai tiga teras utama – Perlindungan, Simpanan dan Akademi dan juga mempunyai inisiatif lain untuk terus menyokong pendapatan, perlindungan dan pengalaman pemanduan Rakan Pemandu dan Penghantar Grab.

Untuk mengetahui maklumat lebih lanjut tentang pelan insurans GrabInsure untuk Rakan Pemandu dan Penghantar Grab, sila klik di SINI

No Image Caption

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!